HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 April 2011

Selepas Lynas, Firma HK Sasar Bukit Merah Lombong Nadir Bumi

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Di sebalik bantahan orang ramai terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang sedang berlarutan, kerajaan negeri Perak sedang bekerjasama dengan sebuah firma Hong Kong untuk mencari gali galian nadir bumi di Bukit Merah, berhampiran Ipoh.

Menurut pengumuman CVM Minerals Ltd kepada Bursa Saham Hong Kong, syarikat berkenaan telah memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada 18 Apri lalu bagi kerjasama tersebut.

PKNP adalah syarikat pelaburan bagi kerajaan negeri Perak tetapi seorang anggota exco negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, mengesahkan projek berkenaan belum dibincangkan oleh kabinet kerajaan negeri.

Perjanjian kerjasama itu adalah dipercayai bagi mencari gali dan melombong nadir bumi dan galian berpotensi yang lain serta aktiviti berkaitan di tanah-tanah sekitar Bukit Merah.

Firma berpangkalan di Hong Kong itu, melalui anak syarikatnya CVM Metal Recycle Sdn Bhd, pada 18 April lalu telah mengemukakan pemohonan lesen daripada Pejabat Tanah dan Galian Perak bagi meninjau konsesi kawasan seluas 250 hektar.

Sebaik lesen diluluskan, CVM Minerals dan PKNP akan membincangkan syarat dan kewajipan masing-masing dalam projek kerjasama mereka.

Menurut cadangan kerjasama itu, CVM Minerals akan menjadi pemegang saham terbesar manakala PKNP akan menguasai 135,300,000 saham CVM Minerals, kira-kira 4.73 peratus daripada saham yang diterbitkan.

Tiada ulasan: