KUALA LUMPUR — Pelanggan-pelanggan e-mel 1 Malaysia yang kontroversial perlu mendaftar untuk mendapatkan alat khas USB-biometrik — dijual oleh Tricubes Berhad atau mengunjungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengaktifkan akaun myemail.my masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar berkata, pengguna akan menerima akaun asas secara percuma tetapi perlu membayar perlu membayar jika mahukan e-mel yang lebih “selamat.”
Aturan umum sistem Tricubes menggunakan “Secure Sockets Layer” (SSL) yang agak selamat, kata beliau.
“Malah, dengan e-mel biasa dan tanpa (makluman) bil, kesemuanya adalah menggunakan SSL. Pengguna boleh menghantar e-mel peribadi kepada rakan mereka dan ia adalah percuma,” katanya.
Tricubes melancarkan perkhidmatan mirip “Citizen Inbox” — myemail.my minggu lalu, sehari selepas kerajaan berkata perkhidmatan itu diadakan atas prinsip sukarela di mana rakyat tidak diwajibkan dan tiada wang awam akan digunakan untuk membiayai projek tersebut.
Tricubes menggunakan platform Windows Live bagi perkhidmatan e-mel, yang akan menawarkan ruang peti mel 25GB.
Malah perkhidmatan itun juga membolehkan pengguna mewujudkan dokumen produk-produk Microsoft Office products.
Firma itu berkata perkhidmatan e-mel tersebut akan membolehkan rakyat Malaysia secara langsung berkomunikasi dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan menerima maklum balas secara langsung daripada mereka.
Maklumat diperoleh menerusi laman webnya berkata, pendaftaran ujian peringkat “beta” akan bermula akhir bulan ini.
“myemail adalah perkhidmatan penghantaran mesej e-mel yang terbuka kepada kesemua rakyat Malaysia. Jika anda seorang rakyat Malaysia, maka anda layak mendapatkan akaun myemail,” katanya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak perlu mempertahankan kewajaran projek e-mel 1 Malaysia sebab ia adalah inisiatif swasta sambil menegaskan, Tricubes yang seharusnya menjual idea tersebut kepada publik.
Dilihat sebagai usaha untuk menjauhkan pentadbirannya daripada reaksi tidak menyenangkan daripada kalangan orang ramai, Najib berkata, Tricubes seharusnya mengambil inisiatif untuk menjelaskan projek e-mel 1 Malaysia kepada orang ramai.
Selasa lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu bahawa rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia bagi tujuan-tujuan rasmi.
Kata beliau, Tricubes akan membangunkan projek dengan kos awal RM50 juta, portal sepusat yang baru bagi perkhidmatan kerajaan dengan akaun e-mel membolehkan komunikasi langsung dan terjamin antara rakyat dan kerajaan
16 ulasan:
Lebih baik jangan gunalah kalau begitu rumit. Memohan e-mel daripada Yahoo, g-mail ataupun lain lain tidak memerlukan langkah-langkah yang rumit seperti ini.
Harap kerajaan batalkan saja projek ini, kerana kebanyakan rakyat menolak.
emel ini tidak diwajibkan kepada rakyat, jadi terpulang pada rakyat untuk menggunakannya atau tidak.
jika ia tidak diwajibkan, terpulanglah kepada setiap individu untuk menggunakan perkhidmatan ini atau tidak.
Apa yang saya lihat usaha ini adalah satu usaha yang bernas untuk dilaksanakan. Dengan adanya email ini gol yang berumur 18 tahun keatas akan peka dengan pembangunan dan bil2 yang berkaitan @ dari kerajaan kepada mereka.
Selain itu juga mereka akan dapat menerima maklumat dengan lebih cepat dan tidak ketinggalan.
I would rather want a free wi-fi.
Jika tidak menggunakan dana awam & individi tidak diwajibkan mendaftar mungkin projek ni boleh diteruskan. Maka, sesiapa yang berpendapat email ini perlu bagi mereka boleh membuat akaun email tersebut. Tapi pada pendapat saya, jika kerajaan menyokong penggunaan email ini mungkin tidak mustahil pada masa hadapan warga M'sia diwajibkan memiliki email tersebut.
emel 1MY memang sangat bagus, dalam masa yang sama rakyat boleh memberi maklum balas terus kepada kerajaan mengenai sesuatu isu atau dasar. inilah yang dimaksudkan ‘engagement’ dan keterbukaan..
lagi bagus jika tidak dikenakan sebarang bayaran serta mudah untuk melakukan pembatalan email jika tidak berminat atau tidak diperlukan lagi.
sebenarnya email ini ada kebaikannya juga, ia memudahkan kita berurusan dgn hal2 berkaitan kerajaan, dan pasti ia lebih selamat dari spamming. apapun itu terpulang pada kita untuk terima atau tidak.
Semoga sambutan diberikan terhadap email 1 malaysia ini.
OMG!!! Saya bukan meniolak cadangan ini tapi kalau terlalu rumit, lupakan sajalah.
Harap perkara ini dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum dilaksanakan.
terpulang kepada individu samada ingin membuka akaun myemail atau tidak kerana ia tidak diwajibkan.
pihak Tricubes yang sepatutnya memberi penerangan mengenai e-mel 1Malaysia ini kepada rakyat yang masih diselubungi keraguan kerana ini adalah inisiatif swasta,bukannya kerajaan.
Catat Ulasan