HALAMAN SANTAI

Rabu, 27 April 2011

Guru tumbuk guru besar didenda RM2,000

THE MALAYSIAN INSIDER

ALOR SETAR — Seorang guru didenda RM2,000 selepas didapati bersalah mencederakan guru besar sekolah tempat beliau mengajar lebih empat tahun lalu.

Guru itu akan dipenjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda itu.

Mengikut laporan media memetik Bernama, Norazman kemudian membayar denda itu.

Majistret Nor Azah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Norazman Abdul Wahab selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Norazman, 41, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk muka dan menyepak paha Halim Saad, 52, di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis, Jalan Langgar di sini kira-kira pukul 8.35 pagi, 20 Disember 2006.

Dalam rayuannya Norazman meminta mahkamah meringankan hukuman kerana menurutnya dia digantung kerja sejak Mac 2008 manakala dua anaknya akan memasuki universiti dan dua lagi belajar di sekolah menengah.

Tiada ulasan: