HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 April 2011

Eskay Dakwa 'Datuk T' Ke Mahkamah Minggu Depan

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Polis belum menyelesaikan siasatan namun ahli perniagaan Shazryl Eskay mendedahkan beliau dan dua rakan Datuk T akan dihadapkan ke mahkamah minggu depan atas tuduhan mengedar filem lucah yang mereka cuba mengaitkan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli perniagaan itu turut menegaskan beliau, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim akan mengadakan lebih banyak sidang media untuk membuat tuduhan-tuduhan terhadap Anwar.

"Ada beberapa lagi siri sidang media selepas ini. Kami mungkin didakwa minggu depan," katanya dalam sidang media tergesa-gesa selama hanya 12 minit di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks berkenaan dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

"Datuk T" yang merangkumi Eskay bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim pada mulanya mendakwa mereka “terserempak” dengan video itu.

Namun Eskay kemudian mengaku beliau sendiri muncul dalam rakaman itu dan mahu mendedahkannya kerana “kepentingan agama, bangsa dan negara.”

Rahim dan Shuib di tuduh cuba mempengaruhi wakil rakyat Parti Keadlan Rakyat untuk meninggalkan parti itu.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak selepas identity mereka dibongkarkan oleh ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Anwar menolak kononnya beliau pelaku dalam video itu dan mengemukakan bukti-bukti untuk mensabitkan pergerakan beliau pada malam video itu dirakamkan.

Beliau juga merestui tindakan Angkatan Muda Keadilan membuat laporan qazaf terhadap Datuk T, sesuai dengan syarak Islam berhubung isu-isu fitnah dan zina.

Tiada ulasan: