HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 April 2011

DAP akan tolak jemputan Umno sertai BN

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.

Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Ia juga satu tindakan Umno untuk mengawal MCA dan menghantar mesej kepada MCA bahawa Umno mempunyai alternatif yang lain.

Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini.

Namun ketika ditemui hari ini, Lim Guan Eng menafikannya dan berkata DAP tidak tahu menahu mengenainya.

"Bagi saya, ia hanya usaha pihak lawan kita mahu memecahkan hubungan antara Pakatan Rakyat," kata Lim Guan Eng kepada Harakahdaily.

Beliau juga berkata, DAP bukan sehari dua ini berjuang di negara ini tetapi telah mencecah 40 tahun.

"DAP akan tetap setia bersama rakan-rakan kita," kata Guang Eng kepada Harakahdaily.

Beliau tidak menolak, ada pihak yang cuba menabur fitnah dalam hal ini kononnya DAP mahu bersama Umno dalam Barisan Nasional (BN).


Boikot Utusan Malaysia


Sementara itu, Guan Eng enggan melayan cadangan MCA agar semua rakyat negara ini memboikot akhbar Umno, Utusan Malaysia.

"Itu semua wayang sahaja... saya tidak minat wayang antara MCA dan Umno ini. Dulu masa tahun 1987 pun macam ini. Media siarkan MCA dan Umno bergaduh, namun yang kena tangkapnya kita (dalam Operasi Lalang 1987)," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau mengulas cadangan pemimpin MCA agar semua rakyat negara ini memboikot Utusan Malaysia ekoran cadangan seorang editor akhbar itu untuk mengadakan kempen "1 Bumi, 1 Melayui".

17 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Tidak mungkinlah DAP memasuki BN. Mereka tidak sehaluan dari awal lagi.

Tanpa Nama berkata...

BN dan DAP mmg amat berbeza dalam haluan politik, DAP takkan sertai BN.

joey berkata...

ya, DAP dan UMNO memang tidak sehaluan dalam politik.

joey berkata...

apa pun, setiap parti ada pendirian masing-masing.

Gopuk berkata...

Terpulang, yang penting UMNO suda memberi peluang kepada DAP.

Gopuk berkata...

Itu pilihan masing2 ingin menyertai UMNO atau tidak. Jika mereka lebih memilih untuk berdiri sendiri, kita tidak boleh buat apa2.

Tanpa Nama berkata...

DAP tidak mungkin akan sertai BN dan menyokong MCA untuk memboikot akhbar UMNO.

Tanpa Nama berkata...

rasanya banyak masalah akan timbul jika DAP berpendirian untuk keluar dari pakatan dan sertai BN.

Unknown berkata...

Its obvious that DAP is against BN and yet UMNO still have the nerve to ask DAP to join BN.lol!

Unknown berkata...

If DAP were to join BN, they will end up like LDP. Neway, fat chance DAP will join BN.

Smookiekins berkata...

Apa2 pun kita tunggu apa akan berlaku seterusnya. Sungguh menarik.

nickko berkata...

bila masa pula umno mahu bergabung dengan DAP? jangan2 ini sekadar gimik politik bagi menunjukkan bahawa DAP adalah parti rebutan. kononnya dengan cara ini SNAP dan SAPP akan berebut2 mahu bergabung dengan DAP.. hei.. tidak payah la promosi parti sendiri.. tidak payah cover malu guna isu umno kalau SNAP dan SAPP menolak tawaran DAP.

nickko berkata...

setahu saya umno mempunyai keyakinan yang kuat untuk meraih semula sokongan masyarakat Cina terhadap BN terutama di Pulau Pinang, seterusnya menawan semula negeri ini daripada pembangkang, bukannya mahu bergabung. BN kini sedang merangka beberapa strategi untuk menawan semula negeri yang diperintah pembangkang, terutama Pulau Pinang pada PRU akan datang.. jadi tidak ada alasan untuk umno kenapa perlu untuk mereka bergabung dengan DAP.

mandau berkata...

itu terpulang pada DAP samada nak terima jemputan tersebut atau tidak.

Sanih Alias berkata...

Tidak perlulah DAP risau, biarlah DAP dengan PR. Tapi perlu diingat untuk PKR. Jaga-jagalah DAP berkuasa, Pakatan hanya untuk PKR dan PAS saja nanti.

Paquin berkata...

Terpulanglah pada keputusan DAP. Kalau nak, terima & kalau tak, ignore ja:P hehe

Paquin berkata...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.