HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 April 2011

Kes Sarbani: Tidak logik SPRM bunuh saksi, kata Perkasa

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Perkasa mempertahankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugasnya dengan profesional sambil menegaskan pertubuhan bukan kerajaan itu percaya yang kematian membabitkan pegawai Kastam semalam — kedua sejak Julai 2009 — kemungkinan disebabkan —tindakan luar tekanan.

Malah pertubuhan itu juga berpendapat bahawa tiada logik saksi, yang disiasat itu, dibunuh kerana tindakan sedemikian hanya akan merumitkan proses siasatan.

Memang tindakan luar kawalan akibat tekanan boleh berlaku,— kata Yang Dipertua Perkasa Perak Ahmad Zaini Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian mengejutkan dan menggemparkan negara semalam, penolong pegarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan di sini, pagi semalam.

Menurut SPRM, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani, 56, merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Dalam kenyataannya, Ahmad Zaini juga berpendapat bahawa seseorang yang disoal siasat ada kemungkinan boleh bimbang dan gementar apabila pihak berkuasa mengetengahkan bahan-bahan bukti berkaitan kes yang disiasat.

Apabila semua bukti dibentangkan siapa yang tidak gentar kerana jalan keluar telah tertutup dan sebagai manusia pastinya hilang punca.

Tugas SPRM mencari punca dan masalah. Tiada logiknya saksi dibunuh kerana ia menyukarkan penyiasatan, malah mungkin kes terpaksa ditutup yang membawa impak SPRM gagal melaksanakan tanggungjawab mengangkat martabat negara,— katanya.

Tiada ulasan: