HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 April 2011

PM: Tricubes perlu pertahan e-mel 1 Malaysia, bukan kerja kerajaan


Laman depan MyEmail.my.

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak perlu mempertahankan kewajaran projek e-mel 1 Malaysia sebab ia adalah inisiatif swasta sambil menegaskan, Tricubes Berhad yang seharusnya menjual idea tersebut kepada publik.

Dilihat sebagai usaha untuk menjauhkan pentadbirannya daripada reaksi tidak menyenangkan daripada kalangan orang ramai, Najib berkata, Tricubes seharusnya mengambil inisiatif untuk menjelaskan projek e-mel 1 Malaysia kepada orang ramai.

“Biar mereka berikan penjelasan. Bukan segala-galanya (diletakkan) pada saya. Sebab ini adalah cadangan mereka, jadi mereka perlu menjualnya kepada orang ramai.

“Ia adalah inisiatif sektor swasta dan tidak melibatkan wang rakyat, jadi biar mereka ambil inisiatif untuk menjelaskannya,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Selasa lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu bahawa rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia bagi tujuan-tujuan rasmi.

Kata beliau, Tricubes Berhad akan membangunkan projek dengan kos awal RM50 juta, portal sepusat yang baru bagi perkhidmatan kerajaan dengan akaun e-mel membolehkan komunikasi langsung dan terjamin antara rakyat dan kerajaan.

Tiada ulasan: