Shazryl dan Rahim menghadiri sebuah sidang akhbar di Kuala Lumpur, 23 Mac. — gambar fail
Jamil Khir berkata pihak dimaklumkan Jawi telah menerima aduan qazaf (tuduhan Zina) dan badan penguatkuasaan itu boleh mengkaji dan menyiasat tuduhan “Datuk T” terhadap Anwar, yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkembangan rakaman video seks itu kerana ia melibatkan pihak berkuasa seperti polis.
“Video itu telah diserahkan kepada pihak polis dan juga telah ada laporan yang dibuat di Jawi, jadi terpulang terserah dan terpulang kepada pihak penguat kuasa (Jawi) untuk melihat kes ini, buat penyiasatan dan diangkat kepada pihak pendakwa raya.
“Jadi bergantung kepada pihak pendakwa raya untuk nak melihat ada atau tidak (saksi) dan sebagainya, apa status kes dalam perkara ini,” katanya pada sidang media di sini.
Kelmarin Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazaf terhadap “Datuk T” kerana menuduh Anwar terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara.
Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, aduan qazaf itu dibuat terhadap bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang telah menggemparkan negara apabila bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada media.
Selain Shamsul Iskandar, turut memfailkan aduan qazaf terhadap “Datuk T” ialah Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip dan Ketua AMK Wilayah Persekutuan Mohd Hamdi Mohd Syed.
Tambah Jamil Khir, beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu campur tangan dalam kes tersebut yang kini disiasat polis.
“Nanti kalau kita campur mereka kata kita campur tangan...ini tangan pun tak campur, kaki pun tak campur, apa pun tak campur,” katanya.
Ketika ditanya mengenai hukum kerana mendedahkan rakaman video seks itu kepada umum, Jamil Khir bagaimanpun meminta wartawan agar bertanyakan soalan itu kepada mufti.
“Hukum kena tanya mufti, huraian (siasatan) itu biar ditentukan pihak berkuasa, saya sendiri pun tak tengok lagi, kita pun tak tahu... gambar apa pun kita tak tahu, pelakunya pun kita tak tahu,” katanya.
Tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks itu dikecam hebat pemimpin Pakatan Rakyat dan juga ulama termasuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan ia haram di sisi agama Islam.
Malah Persatuan Ulama Malaysia (PUM) juga menyifatkan tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Anwar bertentangan dengan norma masyarakat Melayu dan Islam.
Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Md Nor berkata, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan menyifatkan langkah tersebut berniat jahat dan melampaui batasan akhlak, moral dan budaya.
1 ulasan:
Bodoh punya Jamil... dia dah mula dah... yg dia kata dia...yg dia tu pun kata dia... semua bertuhankan umgok...
Catat Ulasan