SUBANG JAYA ― Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memberi isyarat cukup jelas kepada pentadbiran Putrajaya, batal pindaan ke atas Akta Kerja 1955 atau hadapi kekalahan semasa pilihanraya umum nanti.
MTUC yang mempunyai 5.7 juta perkerja berdaftar memberi amaran keras kepada Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu akan memberi laluan mudah kepara para pelabur dan majikan mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja kontrak berbanding tenaga kerja kekal.
Halim berkata MTUC telah menghantar surat mengenai desakan mempetimbangkan semula pindaan tersebut kepada Perdana Menteri dan timbalannya namun kecewa kerana tidak mendapat sebarang maklumbalas sehingga kini.
MTUC yang dianggotai 390 gabungan mewakili 802,323 ahli akan mengadakan piket seluruh negara pada 3 November ini bahkan akan dilakukan di 20 lokasi seluruh negara.
Halim juga menegaskan tidak menolak akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong jika Putrajaya masih mengekalkan sikap berdiam diri.
Pada asasnya, MTUC tidak menolak keseluruhan pindaan ke atas Akta Kerja 1955 melainkan perkara yang menyentuh beberapa peruntukan baru termasuk sistem kontraktor bagi tenaga kerja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan