HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Oktober 2011

6 aktivis PSM dilepas | Print | Harakahdaily KUALA LUMPUR, 28 Okt: Enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk ahli parlimen Sungai Siput,

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, dilepas tanpa dibebaskan pagi ini oleh Mahkamah Sesyen Butterworth daripada dakwaan memiliki bahan subversif.

Keputusan itu dibuat lebih dua minggu selepas hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan yang serupa terhadap 24 lagi ahli PSM yang menghadapi tuduhan yang sama di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Pertubuhan, lapor Malaysiakini.

Dalam keputusan tersebut, timbalan pendakwa raya Suhaimi Ibrahim mencadangkan mereka dilepas tanpa dibebaskan, dengan berkata kes mahkamah mengenai sama ada Bersih 2.0 sebuah pergerakan haram atau tidak, masih belum selesai.

Ketika dihubungi, Jeyakumar berkata, beliau berasa lega episod tersebut sudah berakhir tetapi tidak puas hati kerana menurutnya, mereka tidak sepatutnya pun ditangkap dan didakwa.

Beliau menggesa kerajaan menyiasat bagaimana tuduhan tersebut dibuat terhadap ahli-ahli PSM.

Peguamnya, tegas Jeyakumar, menuntut pembebasan penuh tetapi hakim tidak dapat lari dari penghakiman awal beliau terhadap 24 orang lain, kerana mereka telah didakwa bersama.

Lima orang lagi ialah M Sukumar, M Satukunadevi, M Kavitha, M Ravindran dan M Thivy Kumar, yang tidak hadir semasa keputusan awal dibuat pada 10 Oktober kerana ibu Sukumar meninggal dunia.

Sejumlah 31 ahli PSM ditangkap di tol plaza Sungai Dua di Pulau Pinang Jun lalu semasa menyertai kempen 'Udalah Tu, Bersaralah' kerana didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka kemudiannya dibebaskan tetapi Jeyakumar dan lima orang lagi ditahan semula di bawah Ordinan Darurat selama hampir sebulan dan mereka kemudiannya dikenali sebagai PSM6.

Tiada ulasan: