HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Oktober 2011

Muhyiddin terus `gempur’ Selangor

Beliau akan hadir dalam program yang dinamakan `Nurani rakyat sayangi Selangor' di Kelang dan Shah Alam.




PETALING JAYA: BN terus menggempur Selangor bagi merampas semula kerajaan negeri yang terlepas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN Selangor sudah beberapa kali menggempur Selangor dan kali terakhir sehari selepas beliau membentangkan bajet 2011 pada 7 Oktober lalu.

Begitu juga dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat beberapa daerah di negeri itu hujung minggu lalu.

Khamis ini, sekali lagi timbalan perdana menteri akan menggempur Selangor. Beliau akan hadir dalam program yang dinamakan `Nurani rakyat sayangi Selangor’ di Kelang dan Shah Alam.

Jumpa NGO

“Di Kelang, TPM akan menghadiri program mesra rakyat di pangsapuri PKNS Pandamaran Jaya, Pelabuhan Kelang.

“Muhyiddin akan bertemu dengan pelbagai NGO, persatuan belia, ahli JKKK Persekutuan serta sumbangan Aidiladha.

“Sumbangan cermin mata kepada 12 sekolah terplih dan sumbagan kepada tokong Cina,” kata Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad.

Di Seksyen 17 Shah Alam, Muhyiddin akan menghadiri perhimpunan rakyat, melancarkan projek laman Agro dan menyampaikan sumbangan aidiadha.

Beliau juga akan mengunjugi beberapa rumah pemimpin masyarakat di Shah Alam.

Tiada ulasan: