Satu fakta yang cukup jelas ialah tidak akan ada satu ruang untuk penggabungan semula (rekonsiliasi) di Malaysia. Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kuasa pemerintahan pada pilihanraya umum nanti, rakyat akan menuntut keadilan terhadap jenayah-jenayah dan kejahatan-kejahatan yang telah diperlakukan ke atas mereka. Di titik ini, Pakatan lebih baik tidak menyarankan kemaafan atau rekonsiliasi kerana kasihan kepada ahli politik BN dan kroni-kroninya. Ataupun kepada sesiapapun.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah berkata yang beliau telah memaafkan segala kejahatan dan jenayah yang dilakuakan ke atas dirinya dan keluarganya. Itu hanya satu pilihannya.
Kebencian pahit menebal
Rata-rata penduduk negara ini, walaubagaimana pun, tidak mungkin begitu mudah memaafkan. Ada ramai yang tidak pernah di soal-siasat, harus disoal-siasat. Ada ramai yang bebas walaupun sepatutnya merengkuk di dalam penjara dengan kuncinya dilenyapkan. Jenayah yang telah dilakukan terhadap negara Malaysia tidak boleh dilupakan. Pembahagian antara dua pihak berpolitik di Malaysia sudah melebar jurangnya. Apa kalau dulu sekadar perbezaan politik kini berkembang menjadi kebencian yang pahit.
Pihak yang harus dipersalahkan islah Barisan Nasional yang semakin hari semakin muram wajahnya. Dalam daya untuk terus berkuasa, mereka telah menggunakan pelbagai cara. Mereka tidak keberatan melaga-lagakan kaum dan agama. Penyokong Pembangkang seringkali di pukul, diperlakukan kejam dan dipenjarakan. Penyokong pro-kerajaan pula digalakkan dan diakui oleh kerajaan. Kumpulan ala samseng seperti Perkasa pula didukung UMNO dan Mahathir. Pendakwaan terhadap orang-orang yang menentang kerajaan dilakukan berdasarkan bukti-bukti yang lemah, berbading orang-orang BN yang boleh dibebaskan kalau membunuh.
Anwar yang dilihat sebagai musuh utama BN telah didakwa atas tuduhan yang sengaja diada-adakan. Namun hanya beberapa kerat sahaja yang meragui bahawa dia akan didapati bersalah. Dia ketika ini berlaku, kebencian dan api kemarahan terhadap BN akan terus meluap-luap panas.
Siasat dan adili mereka
Rakyat sangat marah dan mereka mahukan keadilan. Sudah pastilah orang-orang yang akan disoal-siasat ialah Mahathir, bekas Perdana Menteri keempat. Anak-anaknya, tidak seorang pun yang cerdik akal, harus juga disoal-siasat kerana tahap kekayaan yang begitu cepat – hasil bantuan ayahandanya.
Begitu juga rakan-rakan Kabinet Mahathir yang perlu disoal-siasat kerana kemampuan mereka menjadi terlalu kaya. Ini termasuklah Samy Vellu, anak lelakinya Vel Paari, Ling Liong Sik dan Taib Mahmud serta keluarga. Kroni BN di dalam bentuk perniagaan seperti Ananda Krishnan, Syed Mokhtar, Francis Yeoh, Quek Leng Chan, Vincent Tan dan beberapa lagi harus di soal-siasat secara terperinci di dalam setiap bahagian perniagaan mereka; dan juga setiap transaksi yang berlaku, lesen, kelulusan dan kelulusan ‘khas’ yang diberikan kepada mereka. Tak lupa juga kepada semua ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat sama di dalam apa cara sekalipun.
Undang-undang anti-rampasan perlu dikuatkuasakan ke atas sesiapa yang telah merampas tanah atau terlibat dalam apa jua bentuk rampasan perlu dihukum di mahkamah. Wang ringgit, hartanah dan perniagaan yang ditubuhkan oleh entiti yang hanya mengaut keuntungan perlu disita. Ini termasuklah segala bentuk asset yang berada di luar negara. Switzerland tidak lagi melindungi pelaku rasuah, namun ada juga yang masih berdegil.
Apapun, yang penting ialah kita melihat penjenayah-penjenayah ini berkeliaran di muka bumi ini di humban ke dalam penjara. Ia YB ‘Mike’ Manikavasagam, seingatnya yang menyatakan pada tahun 2008, benjanji di dalam satu ceramah sekiranya Pakatan memang, Samy Vellu akan dimasukkan ke dalam penjara. Kenyataan ini sudah pastilah mendapat tepukan dan sorak yang riuh. Cuba tanya mana-mana orang India, dia pasti akan berkata dia mahu melihat Samy Vellu masuk ke dalam penjara, sampai begitu sekali marahnya dia! Tak percaya, cubalah bertanya. Dan cuba tanya seorang anak jati Sarawak, dan dia akan berkata Taib harus dihadapan ke muka pengadilan. Ini tidak termasuk mereka yang sedang menikmati hasil duit rasuah yang telah distrukturkan.
Keadilan diperlukan
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kita menyaksikan satu watak antara Mahathir dan Rahim Noor, pelaku jenayah dan bekas ketua polis di bawah pemerintahan diktator Mahathir. Dalam wacana mereka menentang Hak Asasi Manusia, kita boleh melihat kejahatan-kejahatan mereka berdua ini dari kaca mata rakyat yang mahukan negara Malaysia bebas. Ia juga mengembalikan persoalan apakah Rahim Noor menumbuk Anwar ketika dia sedang digari kerana terlalu marah, atau dia diarahkan berbuat demikian. Mahathir ialah penaung Perkasa dan Rahim Noor dijemput untuk berceramah.
Ia jelas yang BN tidak belajar apa-apa dari kebangkitan rakyat di benua Arab. Malah mereka meilih jalan yang dipilih Gaddafi yang berlaku kejam terhadap rakyatnya sendiri, sambil berharap cara ini bleh menakut-nakutkan pengkritik mereka. Sebagai bukti sahih, Mahathir dan Muhyiddin Yassin dilihat sebagai jurubicara untuk BN.
Namun, gerakan ketiga Newton sangat boleh digunakan untuk hal ehwal manusia selain penggunaannya untuk pergerakan tubuh badan, dan kemelut yang melanda, seperti di Libya, dengan kemarahan dan kedegilan. Reaksi bertentangan dan bersamaan. Turut keluar dari kepompong ketakutan ialah mahasiswa univeristi yang sudah lama ditekan di bawah Akta University dan Kolej Universiti (AUKU), kini mereka bangun sendiri melawan.
Jadinya, untuk beberapa orang yang pro-pembangkang di luar sana yang bercakap soal rekonsiliasi, mereka akan ternampak yang keadaan sudah jauh berbeza dan jurangnya sangat mendalam, untuk apa-apa peluang lain. Mereka seharusnya bercakaplah pasal keadilan, untuk semua rakyat. Itulah yang semua rakyat mahukan.- Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan