Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat (LPTWPP) yang mana di dalam rangka lawatan kerja ke United Kingdom dan Belanda telah dihidangkan dengan suasana demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, ini apabila melihat sendiri bagaimana satu demokrasi aman berlangsung di hadapan Pejabat Perdana Menteri Britian, David Cameron di Downing Street pada 23 Oktober yang lalu. Katanya, perhimpunan aman yang menentang kekerasan dan kekejaman Negara China ke atas penduduk Tibet yang kebanyakannya disertai oleh wakil penduduk tempatan Tibet. Bagaimanapun, ujarnya warga tempatan London yang prihatin dilihat turut menyertai perarakan sejauh 3 kilometer sebelum mereka berkumpul di seberang jalan menghadap pejabat Perdana Menteri Britian di Downing Street. Mereka, katanya melaungkan slogan serta kata-kata semangat menggunakan pembesar suara. Menurutnya lagi, mereka juga mengedarkan risalah berkaitan isu tersebut. “Pihak polis dilihat mengawal suasana perhimpunan dan rata-rata penunjuk perasaan bertindak mengikut arahan pihak berkuasa. Suasana himpunan berlangsung dalam keadaan aman,” katanya kepada Harakahdaily. Ini, tambahnya berlainan dengan situasi dengan negara kita di mana pihak berkuasa bertindak kejam dalam menghadapi perhimpunan aman. Menurutnya, modus operandi mereka dalam menyuraikan himpunan seolah-olah mereka berhadapan dengan musuh yang ‘bersenjata berat’. Beliau berkata, lihat sahaja bagaimana mereka bertindak di dalam kes himpunan aman Bersih 2.0 yang mana Parlimen juga mengesahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2 juta wang rakyat. “Bukankah ini satu pembaziran sedangkan jikalau Malaysia benar-benar memahami erti demokrasi yang sebenar?” katanya. Justeru, katanya Malaysia harus belajar daripada negara yang menjadi rujukan mereka dalam membentuk undang-undang yang menjadi ‘kiblat’ mereka sejak merdeka. Katanya lagi, kalau mengikutkan ‘method’ yang ditunjukkan sebagai mana yang dicontohkan oleh pihak berkuasa UK, sudah pasti dapat menjimatkan kos. “Barangkali tidak memerlukan kos sama sekali memandangkan berhimpun secara aman ada termaktud di dalam undang-undang,” katanya. Justeru, pihaknya berharap agar dapat Kerajaan Umno BN mencontohi apa yang berlaku di UK. “Janganlah jadikan pihak berkuasa ‘perkakas’ peribadi demi kepentingan ‘survival’ politik mereka yang semakin ‘pupus’ dan pihak berkuasa juga harus mencontohi apa yang berlaku supaya pihak berkuasa lebih berintegriti dan dipandang mulia di sisi masyarakat,” ujarnya. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 31 Oktober 2011
Demokrasi: Bila lagi Malaysia mahu berubah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan