HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Oktober 2011

Mahathir: Usahawan Bumiputera kena dekati kaum lain jika mahu berjaya

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Usahawan Bumiputera seharusnya tidak mengehadkan diri dalam kelompok Bumiputera sahaja, sebaliknya cuba mendekatkan diri dengan kaum yang berjaya dalam bidang perusahaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata mereka perlu lebih agresif dan berusaha untuk mengambil peluang mengembangkan perusahaan seiring dengan kemajuan dan pencapaian kaum lain.

“Apalah salahnya kita bertanya kepada kaum lain seperti kaum Cina yang handal mengurus tadbir perniagaan mereka,” katanya dipetik Bernama Online.

“Rantaian sangat penting dalam perniagaan. Kita harus kenal peniaga-peniaga lain.

“Untuk berjaya, tidak bermakna mesti 100 peratus Bumiputera,” kata beliau pada ucaptama bertajuk Ke Arah Visi 2020 - Di Manakah Kedudukan Usahawan Bumiputera pada simposium Usahawan anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd di sini hari ini.

Tiada ulasan: