| Harakahdaily, | |
PUTRAJAYA: Kerja-kerja PAS Putrajaya untuk menyebarkan fikrah PAS melalui pengedaran Harakah secara percuma kepada penduduknya mula memberikan kesan.
(Pemimpin Umno mengoyak Harakah di depan kamera menandakan keberkesanan kerja PAS Putrajaya yang menyebarkan Harakah secara percuma di sana)
Ia dapat dilihat apabila Umno Putrajaya merancang untuk membakar akhbar yang menjadi suara rasmi PAS itu hari ini di food court Presint 8 tengahari ini.
Namun Harakah tidak jadi dibakar tetapi hanya dikoyakkan saja oleh pemimpin Umno tempatan.
"Penduduk Putrajaya akan membakar surat khabar Harakah sebagai tanda protes terhadap pihak PAS yang mengedar dan menggangu kententeraman penduduk di Putrajaya.
"Tarikh 5/4/2012 jam 1.00 tghr. Bertempat di Presint 8, berdekatan dgn medan selera. Dato/tuan/puan dijemput buat liputan," kata satu SMS yang diedarkan oleh pemimpin Umno tempatan.
Ketua Penerangan PAS Putrajaya, Uzir Abdullah berkata, beliau bersama petugas PAS di sana mengedarkan 1,000 hingga 1,500 akhbar Harakah setiap minggu secara percuma kepada penduduk Putrajaya.
Ia diedarkan dari rumah ke rumah untuk memberikan maklumat tambahan kepada penduduk di kota pentadbiran negara yang kebanyakannya didiami oleh kakitangan kerajaan itu.
"Orang kuat Umno Putrajaya sudah ada di sini tetapi belum nampak lagi akan adanya majlis pembakaran ini," kata Uzir kepada Harakahdaily.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan