ULASAN Laporan
Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan orang
bagi tahun 2013 telah menempatkan Malaysia di tahap 2 - pemerhatian (tier 2 watchlist) buat tahun keempat secara berturut-turut.
Malaysia telah sekali lagi diberikan pengecualian daripada diletakkan di tahap ketiga secara automatik kerana mempunyai pelan tindakan yang konkrit membanteras jenayah pemerdagangan Orang bagi tahun 2013-2014.
Ini adalah bagi menyokong Pelan Tindakan Kebangsaan 2010-2015 yang telah di lancarkan pada 30 Mac 2010.

Kerajaan Malaysia sentiasa melakukan usaha secara berterusan bagi
mempertingkatkan inisiatif nasional untuk membanteras jenayah
pemerdagangan orang terutamanya dari aspek penambahbaikan kepada elemen
perlindungan kepada mangsa.
Dalam hal ini,
selaras dengan kerjasama pintar di antara kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan (NGO) yang telah digariskan dalam pelan lima tahun tersebut,
satu projek rintis akan dilaksanakan oleh pihak NGO pada bulan Oktober
2013 di mana pengurusan bagi rumah perlindungan mangsa akan diuruskan
secara sepenuhnya oleh pihak NGO.
Lokasi dan tempat rumah perlindungan tersebut telah dikenalpasti oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Kerjasama antara pihak kerajaan dan NGO mengenai aspek perlindungan mangsa telah dilaksanakan sejak dari pelaksanaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 pada tahun 2008 termasuk dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Kerajaan juga telah bekerjasama dengan pihak NGO seperti Coalition to Abolish Modern-day Slavery in Asia (CAMSA) dalam aspek pengurusan kes bagi mangsa pemerdagangan orang. Setakat ini, perkhidmatan sebegini hanya disediakan bagi mangsa warga Vietnam dan Kemboja di mana perkhidmatan ini akan diperluaskan kepada mangsa warga lain pada masa akan datang.
ATIPSOM 2007 telah dibuat pindaan pada tahun 2010 bagi memperkasakan
pelaksanaan akta ini. Usaha ini akan diteruskan di mana pada tahun ini
satu bengkel telah dilaksanakan oleh Sekretariat Majlis
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan Jabatan
Peguam Negara bagi melihat peruntukan-peruntukan berkaitan yang boleh
ditambahbaik bagi keberkesanan pelaksanaan ATIPSOM 2007 terutamanya
aspek kebajikan dan perlindungan mangsa.
Pertimbang pampasan pada mangsa
Antara elemen dalam pertimbangan adalah pemberian pampasan kepada mangsa pemerdagangan orang sebagai satu bentuk insentif yang dapat menggalakkan mangsa untuk memberikan kerjasama bagi tujuan rakaman keterangan di mahkamah yang seterusnya diharap dapat mempertingkatkan jumlah sabitan kes-kes jenayah ini.

Dari aspek penguatkuasaan pula,
MAPO menyedari akan kepentingan bidang bina upaya secara berterusan
bagi memastikan penguatkuasaan secara efektif. Dalam hal ini,
Sekretariat MAPO telah mengadakan kerjasama strategik dengan rakan-rakan
Negara luar dan pertubuhan antarabangsa.
Sekretariat MAPO dan International Organization for Migration (IOM) melaksanakan program training of trainers dalam aspek penyiasatan dan pendakwaan secara dua fasa.
Fasa pertama diadakan pada tahun 2012 manakala fasa kedua pula pada tahun ini melibatkan pegawai-pegawai pendakwaraya, hakim/majistret dan wakil-wakil agensi penguatkuasaan yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Sekretariat MAPO juga telah bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU)
untuk menganjurkan bengkel bagi mempelajari amalan terbaik EU dalam
menangani jenayah ini. Manakala dengan Australia pula, bengkel yang
diadakan menjurus kepada aspek penguatkuasaan bersepadu.
Kedua-dua bengkel sedang berjalan di Langkawi melibatkan semua agensi penguatkuasaan, mahkamah dan pendakwaan. Bengkel dengan pihak Australia turut melibatkan penyertaan agensi penguatkuasaan daripada Thailand.

Dalam usaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang, kerjasama di
pelbagai peringkat merangkumi Kerajaan pusat dan Negeri adalah amat
kritikal.
Justeru itu, sesi dialog bersama agensi penguatkuasaan dan pegawai pelaksana di peringkat negeri telah diteruskan sebagai platform mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran semua agensi peringkat negeri.
Penambahbaikan akta perlu ambil kira kedaulatan
Pada tahun ini sahaja, dua sesi dialog telah diadakan di Kuantan, Pahang pada 20 Januari 2013 dan di Melaka pada 18 Mei 2013.

Usaha kerajaan dalam menangani jenayah pemerdagangan orang turut
mendapat perhatian Jabatan Audit Negara (JAN) dengan pelaksanaan audit
ke atas program MAPO.
MAPO bekerjasama dengan JAN bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam membanteras jenayah yang mencabul hak asasi manusia.
MAPO bekerjasama dengan JAN bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam membanteras jenayah yang mencabul hak asasi manusia.
Malaysia bersikap objektif terhadap semua cadangan yang terkandung di
dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat tersebut.
Seperti mana yang disarankan oleh pihak Amerika Syarikat dan Jabatan Audit Negara, kerajaan harus menyediakan peruntukan kewangan dan sumber manusia yang tetap kepada semua kementerian / agensi yang terlibat di dalam membanteras jenayah ini bagi memastikan pelaksanaannya secara efektif.

Namun begitu, sebarang pindaan kepada ATIPSOM 2007 atau sebarang penambahbaikan kepada Akta tersebut perlu mengambil kira aspek kedaulatan, keselamatan dan integriti negara.
Di samping itu, sebarang obligasi dan tanggungjawab Malaysia terhadap sesuatu perkara adalah tertakluk kepada dasar dan perundangan domestik serta antarabangsa di mana Malaysia menjadi negara ahli.
SEKRETARIAT MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN, Bahagian Antarabangsa, Kementerian Dalam Negeri.
17 ulasan:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengemukakan lapan syor dalam usaha memberi perlindungan lebih baik kepada mangsa pemerdagangan dan penyeludupan manusia.
Dalam satu kenyataan semalam, Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata lapan syor itu ialah:
*Kerajaan diminta mengukuhkan mekasnisme berhubung dengan pendakwaan ke atas pesalah, perlindungan ke atas mangsa dan pencegahan insiden baharu penyeludupan menerusi kerjasama dengan kumpulan masyarakat sivil dan misi diplomatik serta pihak berkepentingan serantau dan antarabangsa.
*Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu disediakan satu saluran untuk menawarkan kepakaran mereka kepada Majlis bagi Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) kerana ramai mangsa lebih cenderung mendapatkan khidmat mereka untuk bantuan.
*Semua mangsa perlu disediakan dengan pemeriksaan kesihatan serta-merta setibanya di pusat perlindungan serta lawatan berkala oleh kakitangan perubatan.
*Mangsa perlu dimaklumkan status kes mereka dan sebuah mahkamah khas diwujudkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes berkaitan anti-pemerdagangan orang.
*Kerajaan diminta menyediakan latihan intensif untuk meningkatkan kemahiran pegawai penguatkuasa undang-undang di seluruh negara, terutamanya di barisan hadapan mengenai cara untuk mengenalpasti mangsa yang disyaki dalam penyeludupan manusia.
*Kerajaan perlu meminda Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dengan membenarkan mangsa menerima pampasan dan bekerja sementara menunggu penyelesaian kes mereka; mewartakan rumah perlindungan yang dikendalikan NGO, memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai kes penyeludupan manusia dan penyeludupan migran iaitu Seksyen 12 dan 13 di bawah Akta ATIP; serta penjelasan mengenai peranan suruhanjaya dan keanggotaannya dalam MAPO.
*Kerajaan diminta mengkaji semula Seksyen 2(1) Akta Kerja 1955 yang membenarkan 'kontraktor bagi buruh' yang mungkin boleh mengakibatkan eksploitasi pekerja oleh pihak agensi pengambilan pekerja dan majikan.
*Kerajaan perlu menyertai Konvensyen Antarabangsa Hak Asasi Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka serta konvensyen berkaitan dengan status pelarian.
Dalam pada itu, Hasmy berkata suruhanjaya itu turut melahirkan kebimbangan apabila sekali lagi bagi tahun keempat berturut-turut Malaysia diletakkan di kedudukan kedua Senarai Pemerhatian (Tier 2, Watch List) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2013 kerana kegagalan mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras aktiviti pemerdagangan di bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA).
"Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia ini dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya," katanya.
Katanya, dalam hasil laporan ATIP 2013 itu Jabatan Negara AS memberikan penilaian terhadap rekod pemerdagangan manusia di Malaysia termasuk usaha yang diambil kerajaan dalam tiga aspek utama iaitu pendakwaan, perlindungan dan pencegahan yang sebahagian daripada isu berkenaan pernah diutarakan Suhakam.
Sehubungan itu, Hasmy berkata memandangkan Malaysia merupakan negara destinasi dan transit bagi kebanyakan pekerja migran, suruhanjaya itu menyeru kerajaan supaya mempertingkatkan usaha dalam memberi perlindungan yang lebih baik kepada mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan di semua peringkat.
"Selari dengan standard antarabangsa yang ditentukan oleh Protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencegah, menyekat dan menghukum pemerdagangan orang terutama dalam kalangan wanita dan kanak-kanak," katanya.
Kerajaan akan melakukan usaha berterusan untuk mempertingkat inisiatif nasional ke arah membanteras jenayah pemerdagangan manusia termasuk menambah baik elemen perlindungan kepada mangsa.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata langkah itu juga bagi memenuhi kriteria yang digariskan Jabatan Negara Amerika Syarikat berhubung usaha menangani jenayah pemerdagangan manusia.
Beliau menegaskan kerajaan telah melakukan yang terbaik mengikut dasar negara dengan mengambil kira aspek kedaulatan, keselamatan dan integriti negara.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas istiadat pembukaan rasmi mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini Selasa.
Wan Junaidi berkata berdasarkan amalan di Amerika Syarikat, rumah perlindungan sedemikian dikendalikan badan bukan kerajaan (NGO).
Laporan Tahunan Jabatan Tahanan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang 2013 meletakkan Malaysia di Tahap 2 Pemerhatian buat kali keempat berturut-turut.
Wan Junaidi berkata negara kini mempunyai empat rumah perlindungan untuk mangsa pemerdagangan manusia iaitu masing-masing satu di Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Sabah.
Catat Ulasan