MALAYIA KINI
Ketua
biro antarabangsa MCA Chor Chee Heung menyelar menteri tenaga dan
sumber mineral Indonesia Jero Wacik yang mendakwa Malaysia dan Singapura
memburuk-burukkan nama negara itu berhubung isu jerebu.“Dengan memindahkan kesalahan Indonesia kepada jirannya, kenyataan angkuh Wacik itu seperti melepaskan tanggungjawab dan tidak menghiraukan tindakan pemulihan yang amat diperlukan di saat darurat sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambanya, Wacik sepatutnya menyusuli tindakan presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono yang memohon maaf atas jerebu yang terhasil dan mengakui bahawa beberapa kenyataan dari pihak negara tersebut tidak sepatutnya dinyatakan dalam bentuk demikian.
Laporan akhbar Straits Times Singapura menyebut, Wacik dalam satu mesyuarat ASEAN di Bali semalam mendakwa Malaysia dan Singapura sebelum ini mengaut untung dari Indonesia tetapi kini cuba memburuk-burukkan negara itu.
“Ia dinamakan perkongsian, anda mengharungi saat indah bersama. Jangan bising-bising kepada dunia apabila keadaan menjadi buruk.
“Sama seperti suami dan isteri, anda tidak membawa perselisihan ke luar,” katanya seperti dilaporkan.
Kenyataannya itu timbul susulan kenyataan seorang menteri kebajikan Indonesia Agung Laksono yang memonta Singapura berhenti “bersikap seperti anak kecil” dengan aduan mengenai jerebu.
Ruang udara Malaysia dan Singapira diliputi jerebu akibat pembakaran di Indonesia sejak minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan