HALAMAN SANTAI

Isnin, 21 Oktober 2013

Dalam Pada Malaysia Larang Guna ‘Allah’, Ketua Paderi Sudan Ajak Sambut Eidul Adha

BULETIN ONLINE
 
 
KUALA TERENGGANU – Mahkamah Rayuan 15 Oktober lalu memutuskan tidak membenarkan orang bukan Islam terutamanya penganut Kristian di Malaysia menggunakan kalimah ‘Allah’ baik pada sebutan atau pada tulisan.

Keputusan itu telah menterbalikkan keputusan ‘membenarkan’ yang diputuskan oleh mahkamah negara ini pada tahun lalu.

Dalam pada itu, wartawan Buletinonline (BO) melaporkan Paderi Daniel Deng Bul ketika berucap pada Majlis sambutan Eidul Adha, menggalakkan penganut kristian merayakan Eidul Adha bersama umat Islam kerana katanya, sejarah pengorbaban Nabi Ibrahim juga tercatat dalam ‘bible’.

20131015_164152
 
Menurut Daniel, Eidul Adha dapat meningkatkan hubungan antara umat Islam dan kristian di Sudan Selatan bagi membina persefahaman untuk membagunkan negara Sudan Selatan yang baru ditubuhkan.

“Selaku ‘archbishop’ gereja Anglican seluruh Sudan dan Sudan Selatan, kehadiran beliau dalam majlis sambutan Eidul Adha itu,

“memberikan pengiktirafan umat Islam Sudan Selatan adalah kelompok yang tidak boleh dinafikan dalam sebarang pembangunan yang bakal dilaksanakan,”tulis wartawan BO yang turut serta dalam Misi Khidmat Komuniti dan Korban di Sudan Selatan.

Seorang kakitangan kerajaan yang beragama Islam berkata, beliau berharap kedatangan Daniel Deng Bul ke majlis itu dapat mengurangka jurang antara umat Islam dan penganut kristian, terutamanya dalam jabatan-jabatan kerajaan.

“saya dengar paderi Daniel juga memberi beberapa ekor kambing untuk di sembelih sempena Eidul Adha, beliau meggalakkan peganut kristian bersama meyambut Eidul Adha,

“mungkin ia petanda baru yag boleh meningkatkan hubungan antara Islam dan Kristian di negara ini,”ujar Alison Barnabas Yacub yang ditemui dalam Majlis itu, Selasa 15 Oktober.

Antara tetamu kehormat yang turut berucap adalah Menteri Alam Sekitar Abdullah Daniel, seorang dari dua menteri beragama Islam dalam kerajaan Selatan Sudan.

Eratkan Ikatan Muslim Sedunia

Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail berkata Misi Khidmat Komuniti dan Korban di Sudan Selatan dapat meningkatkan ukhuwwah di kalangan orang-orang Islam seluruh dunia dan mengujudkan kesedaran serta perhatian antarabangsa terhadap umat Islam di negara tersebut.

Katanya, soal wang ringgit dan berapa banyak haiwan yang dikorbakan adalah satu perkara kecil berbanding pertautan hati di antara umat Islam Malaysia dan saudara-saudara di Selatan Sudan yang kini menjadi golongan minoriti.

Beliau berbesar hati sekiranya, usaha Amal Malaysia sebagai badan NGO pertama menjejakkan kaki ke negara yang baru ditubuhkan itu dapat diteladani dan menjadi ikutan.

“Misi Yayasan Amal ke negara ini akan dapat megeratkan persaudaraan Islam antara Malaysia dengan Sudan Selatan dan meneruskan program kemanusiaan dan khidmat sosial bagi membantu saudara-saudara di sini,

“kita berharap lebih banyak badan-badag NGO yag tampil dan datang ke sini bagi membantu umat Islam,”ujarnya kepada pihak media selepas membuat kunjungan rasmi ke pejabat Majlis Umat Islam Selatan Sudan di sini.

Sebelum itu, dalam ucapan alu-aluan, Setiausaha Agong Majlis Umat Islam Selatan Sudan, Salah Rajab Bunduki berkata, beliau amat gembira menerima kedatangan delagasi Yayasan Amal Malaysia dan mengucapka terima kasih atas usaha murni yang dijalankan.

Beliau berkata, Majlis tersebut berfungsi sebagai koordinator antara kerajaan Sudan Selatan dengan umat Islam disamping menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan keperluan kehidupan mereka.

Antaranya, kata beliau, mencari peluang pembiayaan bagi pendidikan tinggi kepada pemuda-pemuda Islam Selatan Sudan yang mahu melanjutkan pengajian mereka dalam dan luar negeri.

Katanya, keperluan bekalan air bersih merupakan satu keutamaan buat masa ini kerajaan kerajaan yang baru belum dapat menyediakan kemudahan awam tersebut untuk penduduk.

“kita (Majlis Umat Islam) menyelaraskan usaha kerajaan Sudan Selatan dengan umat Islam dan sedang mencari peluang-peluang kewangan untuk pembiayaan pengajian kepada para pelajar di sii, dalam dan luar negara,

“secara umumnya kami di sini memerlukan bekalan air yang bersih yang mungkin dapat dilaksanakan dengan menggali perigi tiub serta menubuhkan sebuah pusat kesihatan kepada rakyat yang miskin,”jelasnya.

Tiada ulasan: