KUALA LUMPUR - Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menolak cadangan kerajaan
Melaka untuk membina jambatan Melaka-Dumai sepanjang lebih 48 kilometer
bernilai lebih RM44 bilion.
“Kami
menyifatkan ia sebagai cadangan mengejutkan dan rakyat tentunya tidak
dapat menerima bagaimana idea yang sudah mati ini dihidupkan kembali
dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu,” kata Presidennya Mohd
Azmi Abdul Hamid.
Beliau
kesal dengan cadangan yang tidak rasional ini memandangkan kos dan
risiko alam sekitar yang tinggi serta keperluan sebenar yang tidak jelas
untuk membina jambatan yang dikatakan terpanjang di dunia ini.
“Apakah sebenarnya yang dikatakan jambatan ini berpotensi untuk pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara?” soal Azmi.
Padahal
jelasnya, apa yang lebih utama dan sepatutnya diperkemas adalah program
pembinaan sumber manusia dan keperluan asas penduduk kedua-dua negara
“IMT
GT yang mengeluarkan cadangan ini sama sekali tidak melihat
perkembangan ekonomi serantau yang tidak memberangsangkan apatah lagi
ekonomi dunia yang diandaikan akan mengelami pertumbuhan yang
perlahan.”
Mohd
Azmi berkata, betapa hebat sekalipun teknologi pembinaan jambatan itu,
ia tidak dapat menjamin risiko yang akan dihadapi di rantau ini yang
sangat sensitif kepada gempa bumi.
“Jambatan panjang seperti ini sangat tertakluk kepada kajian sismik selat Melaka yang sentiasa terdedah kepada kesan gempa bumi,” katanya.
“Jambatan panjang seperti ini sangat tertakluk kepada kajian sismik selat Melaka yang sentiasa terdedah kepada kesan gempa bumi,” katanya.
Menurutnya,
MAPIM tidak melihat keperluan jambatan ini bukan sahaja kerana kos yang
sangat tinggi akan tetapi juga implikasi alam sekitar yang bakal
dihadapi di selat Melaka yang merupakan antara laluan selat antarabangsa
yang paling sibuk di dunia.
“Kami tidak dapat menerima bahawa oleh kerana dikatakan 85% (kos projek ini) akan dibiaya oleh Bank Exim Import-Export China maka ia tidak akan membebankan ekonomi negara.”
Akan tetapi jelasnya, ia tidak semudah itu sebab sebarang kos penyelenggaraan akan akhirnya ditanggung oleh rakyat kedua-dua negara.
“Kami tidak dapat menerima bahawa oleh kerana dikatakan 85% (kos projek ini) akan dibiaya oleh Bank Exim Import-Export China maka ia tidak akan membebankan ekonomi negara.”
Akan tetapi jelasnya, ia tidak semudah itu sebab sebarang kos penyelenggaraan akan akhirnya ditanggung oleh rakyat kedua-dua negara.
“Selain
itu, kajian Penilaian Risiko serta Life Cycle Cost yang diguna dalam
pembinaan jambatan panjang seperti ini terutama dalam kawasan yang
berisiko gempa bumi dikhuatiri akan menggunakan sumber perbelanjaan yang
tinggi,” tegasnya.
Justeru katanya, persoalan penting yang perlu
diketengahkan ialah apa perlunya jambatan ini padahal fasiliti
pengangkutan sedia ada hanya perlu diperkemas antara kedua-dua negara
untuk melancarkan lagi pertumbuhan ekonomi.
“Tidak
perlu dibina projek mega seperti yang dicadangkan tersebut. Kecuali ada
pihak yang akan mengaut keuntungan besar daripada projek ini, kami
tidak melihat keperluan yang mendesak mahupun rasional yang kukuh untuk
projek ini diteruskan,” tegas Azmi lagi.
Beliau khuatir dengan projek mega seperti ini yang lebih bersifat "prime pumping"
untuk merangsang ekonomi yang tidak berasaskan fundamental yang kukuh,
negara akan terperangkap dalam ekonomi spekulatif semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan