Nilai hartanah di London sangat besar meningkat sekitar 115juta pound jadi atas kertas ia menguntungkan.
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertahankan tindakan Felda membeli hotel mewah bernilai hampir RM500 juta di London atas alasan ia mempunyai prospek pelaburan hartanah yang tinggi.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, pembelian 198 unit apartment itu dibuat oleh anak syarikat (bukan unit amanah) iaitu Felda Investment Corporation (FIC).
Sekaligus menolak dakwaan Felda Global Ventures (FGV) mempunyai saham besar dalam urusan jual beli tersebut dan tidak ada kaitan dengan duit peneroka.
“Nilai hartanah di London sangat besar meningkat sekitar 115juta pound jadi atas kertas ia menguntungkan.
“Adakah pelaburan itu boleh mendatangkan hasil tak boleh nak jawab sebab Felda satu agensi yang sangat besar,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen DAP-Bagan Lim Guan Eng yang mahu penjelasan mengenai pembelian hotel di London yang tidak ada kaitan dengan aktiviti teras komoditi perladangan Felda sejak tahun 2000.
Razali menambah, sebarang urusan perniagaan yang dibuat Felda dijamin tidak akan menjejaskan peneroka dan kepentingan itu masih terjaga melalui Koperasi Pemodalan Felda (KPF) Berhad.
“Koperasi Felda adalah yang terbaik dan kita akan pastikan akan dapatkan faedah kpd FGV atau ahli koperasi.
“Kita sangat teliti kerana Felda bukan hak mana-mana pihak tapi ia kebanggan negara,”katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan Felda berhasrat untuk mengikut jejak langkah Sime Darby yang menukar aktiviti perladangan asal kepada agensi pelaburan dalam jangka masa panjang ekoran mempunyai aset yang banyak.
Turut baca:
9,777 kes keracunan makanan dalam tempoh 9 bulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan