MALAYSIA KINI
Persatuan
Promosi Hak Asasi Manusia menyatakan harapan agar kes kalimah 'Allah'
dijelaskan dari sudut perundangan apabila kes tersebut dibawa ke
Mahkamah Persekutuan kelak.Anggota exco persatuan tersebut Kuthubul Zaman Bukhari dan setiausaha agung Denison Jayasooria dalam kenyataan bersama menyebut, perkara itu perlu dijelaskan ekoran timbulnya interpretasi mengelirukan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober.
Mereka berharap agar pandangan masyarakat Kristian penduduk asal Sabah dan Sarawak, yang berbahasa Melayu, diambil kira dengan serius apabila rayuan tersebut dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
Menurut kenyataan tersebut, banyak pandangan berhubung perundangan yang dijelaskan di media oleh para menteri, pakar perundangan dan juga oleh ketua hakim negara.
“Ada yang menyatakan sekatan itu hanya ke atas penggunaan kalimah 'Allah' dalam The Herald tapi ada yang menyatakan bahawa ia adalah keputusan menyeluruh ke atas kesemua orang bukan Islam.
“Maka perkara ini memerlukan penjelasan kehakiman melalui proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Peguam negara cuba perlu menggariskan kepada Mahkamah Persekutuan mengenai penyelesaian 10 perkara yang diumumkan kerajaan pada 2011.
Proham, yang dianggotai oleh bekas anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga menyatakan kebimbangan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan dalam tafsiran penghakiman tersebut ke atas Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Proham, tafsiran tersebut melibatkan soal kebebasan beragama.
Kenyataan itu turut menyatakan persetujuan dengan pendirian Badan Peguam dan pakar perundangan Abdul Aziz Bari berhubung perkara 3(1) bahawa mahkamah mungkin membuat tafsiran salah ke atas peruntukan Perkara 11.
Menurut Prohak, Perkara 11 perlu dibaca dalam konteks kebebasan fundamental dan satu-satunya kekangan ke atas kebebasan beragama adalah dalam Perkara 11(4) berhubung pengembangan agama lain selain agama Islam ke atas orang Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan