APABILA timbul desas-desus dua tiga hari lalu bahawa harga RON95 dan diesel akan naik lagi 20 sen seliter, ramai yang kecut perut.
Mujurlah menteri, timbalan perdana menteri, bahkan perdana menteri sendiri tampil segera untuk menolak khabar angin itu.
Harga petrol dan diesel, yang baru naik tiga minggu lalu itu tidak naik; tidak di masa terdekat ini. Yang naik, rupanya, harga rokok.
Lega seketika. Kalau tidak, entah apa berlaku. Barangkali riuh-rendah seluruh negara, ramailah yang protes dengan kain rentang, penulisan dan memorandum.
Reaksi dan impak kali ini berbeza dengan apa yang berlaku pada 3 September lalu. Masa itu, hanya beberapa jam selepas ada pihak berkata jangan dengar khabar angin, kenaikan harga bahan api itu diumumkan oleh perdana menteri.
Dan beberapa pihak, termasuk menteri, keluarkan amaran jangan naikkan harga barang sewenang-wenangnya, walaupun ia tidak ubah seperti tuang air di daun keladi.
Tapi harga roti canai dengan teh tarik di gerai kegemaran saya yang saya selalu bayar RM2 melonjak kepada RM2.50 sekelip mata. Harga sebungkus nasi lemak yang dijual RM3.50 dahulu sudah naik RM4 sekarang.
Banyak pihak yang terlibat dengan pelbagai perniagaan dan perkhidmatan, termasuk bas, teksi, lori meluahkan kebimbangan tidak dapat menanggung lagi kos yang meningkat dan mahu tambang dan upah dinaikkan segera.
Balik kepada apa yang saya pernah sebut dalam cetusan lalu, orang kita sebenarnya memang bermurah hati dan baik belaka.
Sebut sahaja pasal derma, keluar sahaja berita keperluan membantu mereka yang sengsara dan tertindas di luar negara dalam media cetak dan elektronik, orang kita berlumba-lumba menyumbang.
Dalam negeri apa lagi; ramai yang secara sembunyi-sembunyi menaja pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim setiap tahun dengan rela hati, tanpa mengharapkan pujian atau ganjaran di dunia.
Jadi apa masalahnya kepada mereka apabila harga RON95 dan diesel naik 20 sen seliter?
Yang jadi masalah ialah apabila di satu pihak harga dan barang naik, di satu pihak lain terdapat banyak ketirisan dan pembaziran.
Apa lagi apabila timbul cerita-cerita dan persepsi (tidak kira sama ada yang ilusi atau realiti) yang dikaitkan dengan rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai bentuk penyelewengan; bertambah lagilah rakyat tidak senang hati.
Entah sudah berapa ribu kali cerita kepimpinan melalui teladan, mesra rakyat, rendah diri dan kesederhanaan dipaparkan, ditulis, dilaungkan, diwacanakan dan didebatkan.
Di sana sini kita dengar cerita ciri-ciri kenabian dan para sahabat, tabiin dan tabiut tabiin dan lain-lain yang merendah diri, utamakan umat, zuhud dan seumpamanya, tapi ia masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!
Masih ada yang tidak kawal pertuturan, perbuatan dan amalan, masih bongkak dan berlagak dengan kedudukan, kuasa dan harta dunia yang fana ini.
Menyentuh sikap timbang rasa, ingin saya ambil peluang di sini mengucapkan syabas kepada lebih 20,000 ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Negeri Perak atas inisiatif mereka yang membuat saya terharu.
Dalam dunia hari ini di mana ramai manusia berlumba-lumba dan sigung-menyigung untuk mencari wang ringgit dan pangkat tanpa mengira keperitan orang lain, penjaja dan peniaga kecil ini berjanji tidak akan menaikkan harga barang mereka walaupun kerajaan potong 20 sen subsidi RON95 dan diesel.
Yang Dipertuanya, Datuk Omar Ahmad, berkata minggu lalu, mereka akan membuat aku janji di Gopeng pada 5 Oktober ini tidak akan naikkan harga barang.
Menurut beliau, berdasarkan maklum balas yang diterima setakat ini, kenaikan harga bahan bakar itu tidak memberi kesan kepada perniagaan mereka.
Oleh itu, peniaga tidak patut jadikan kenaikan harga RON95 dan diesel itu sebagai alasan untuk menaikkan harga barang hanya bagi mengaut keuntungan lebih.
Syukurlah masih ada penjaja dan peniaga kecil yang masih mesra pengguna dan bertimbang rasa.
Kita tidak nafikan tentu ada ramai lagi peniaga dan penjaja di kawasan lain, di negeri lain atau diwakili persatuan lain yang mempunyai ciri-ciri terpuji dan mengagumkan dan tidak gelojoh seperti mereka yang diwakili persatuan di bawah pimpinan Datuk Omar ini. Barangkali kita terlepas pandang.
Apa pun, kita ingin terus melihat ramai lagi pengusaha, peniaga kecil atau besar dan penjaja yang berhati mulia dan bertimbang rasa, muncul menunjukkan sokongan dan memainkan peranan supaya kenaikan harga bahan bakar akibat pemotongan subsidi yang dilakukan kerajaan tidak menghimpitkan kehidupan rakyat marhaen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan