KUALA LUMPUR: S Arulchelvan, penyelaras gabungan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mengumumkan bahawa walaupun demonstrasi di Parlimen telah dibatalkan tetapi pihaknya tetap menolak pelaksanaannya.
"Sejak awal lagi, matlamat kami jelas. Kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab kami bagi menentang pelaksanaan GST," kata beliau ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.
Semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah mengumumkan bahawa sidang Parlimen kali ini yang dijadualkan membahaskan GST telah ditangguhkan.
Beliau berkata, "ini menunjukkan kerajaan tunduk kepada permintaan kami.
Jika mereka bersedia untuk mendengar tuntutan kami, kita juga bersetuju untuk berkrompomi dengan mereka.
"Tetapi sebenarnya, tiada gunanya kita tunduk kepada mereka (kerajaan). Kami akan terus menentang pelaksanaan GST sehingga ianya dibubarkan," kata beliau, yang juga setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia.
Sementara itu, Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, SAMM akan terus berjuang bagi mendesak Barisan Nasional membatalkan terus pelaksanaan GST.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan