Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah bahawa baginda kesal terhadap fitnah dan pemesongan fakta yang dibawa segelintir media baru.
Bagaimanapun, Senator Dewan Negara, Dr. Syed Hussin Ali tanpa menafikan wujud segelintir pengamal media baru bertindak di luar etika kewartawanan tetapi beliau lebih khuatir dengan sikap media arus perdana yang nyata lebih tidak bertanggungjawab.
“Sebenarnya yang paling teruk menyebarkan fitnah media seperti Utusan Melayu. Bukan sahaja fitnah yang dilemparkan tetapi api perkauman sempit yang cuba dibakarkannya. Bersama-sama misalnya dengan badan-badan dan tokoh yang hendak mengapi-apikan semangat perkauman.
Pemesongan fakta ketara dilakukan Utusan Malaysia apabila memaparkan gambar Saiful Bukhari Azlan menunjukkan katil, kononnya, tempat beliau diliwat walhal perbicaraaan berlangsung dalam kamar.
“ Mahkamah bertanggungjawab untuk memastikan bagaimana surat khabar ada di situ, macam mana surat khabar ada di situ dan bagaimana sengaja dilakonkan supaya si Saiful menunjukkan tempat-tempat yang belum lagi dibuktikan sebagai tempat yang sebenarnya. Jadi ertinya dari mula telah digunakan media, mahkamah diperalatkan untuk menaburkan fitnah terhadap Datuk Seri,"katanya.
Berkongsi pengalaman yang sama, Senator Dewan Negara, S. Ramakrishnan berkata, beliau sendiri pernah membuat laporan ke atas Utusan Malaysia yang sengaja menimbulkan api perkauman.
“ Saya setuju dengan Dr Syed bahawa memang media baru bebas. Ada ramai penerbit yang lama-lama yang didokong oleh kerajaan memberikan berita-berita yang palsu dan berusur perkauman. Mereka ini lebih tidak bertanggungjawab. Saya pun dulu ada membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia mengenai isu perkauman,"katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan