TIBA-TIBA pula YB Zul sibuk pasal mengapa DS Anwar masih duduk di kerusi Ketua Pembangkang. Kununnya DS Anwar tiada moral politik apabila terus berada di kerusi tersebut meskipun kesemua pimpinan PR menyokong DS Anwar memimpin mereka.
Mungkin YB Zul ni masih bermimpi bahawa beliau adalah MP PKR lagi. Beliau kena insaf hakikat bahawa beliau bukan lagi ahli PKR dan beliau juga kena terima hakikat bahawa beliau bukan lagi Wakil Rakyat pilihan pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru. Pengundi-pengundi pilih beliau dulu adalah kerana parti yang diwakilinya, itu YB Zul kena terima hakikat sebenar.

Oleh yang demikian, beliau sepatutnya cermin diri dahulu sebelum minta DS Anwar undur diri sebagai Ketua Pembangkang.
Jika beliau benar-benar anak jantan, kita cabar beliau letakkan jawatan dan taja seorang penyokong kuat beliau untuk bertanding mewakili beliau, dan PKR hanya sekadar letak Ketua Ranting parti tersebut untuk menentangnya. Lepas itu, YB Zul bolehlah nak menyalak siang malam, dan sebutlah berapa banyak kali pun perkataan `firaun kecil' di dalam kempennya nanti.
Kita akan saksikan nanti samada pengundi-pengundi akan bersamanya atau tidak. Jika beliau tidak hilang deposit pun dikira hebatlah.
Apa kisah cabaran debat oleh YB Khalid tu Yob oii.....!! Kalau dah rasa takut nak berdebat, YB Zul bolehlah minta letakkan syarat-syarat apa yang patut agar debat ini akhirnya gagal diadakan. YB Zul boleh letak syarat agar semua yang menghadiri debat ini nanti adalah para-para Ulamak Muktabar dunia atau tok-tok mufti.
Paling tidak pun YB Zul boleh jemput Najib atau Rosmah jadi pengadil debat ini untuk menentukan mana satu yang betul. Nampaknya YB Zul terus membisu pasal debat yang diminta oleh YB Khalid. Kalau dengan YB Khalid pun YB Zul dah kecut perut, jangan jadi gila nak mengajar PAS tentang perjuangan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan