HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 Julai 2010

Najib lawat Penan di Ulu Baram bulan ini

BERNAMA



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat dan menemui masyarakat Penan di kawasan Ulu Baram di Bahagian Miri pada 22 Julai ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata minat Najib untuk melawat dan menemui kaum Penan menunjukkan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia walaupun mereka adalah kaum minoriti di negeri ini.

Bercakap kepada
pemberita selepas majlis graduasi Politeknik Mukah di Mukah hari ini, katanya beliau akan melawat kawasan itu pada hujung minggu ini.

Terdapat kira-kira 16,000 kaum Penan di seluruh negeri dengan kebanyakan mereka tinggal di kawasan Ulu Baram, Bahagian Miri dan Ulu Belaga, Bahagian Kapit.

Jabu berkata hanya kira-kira 37 peratus daripada mereka masih berpindah-pindah atau kurang atau tidak menerima pendidikan yang dengan mudah boleh dieksploitasi dan dihasut oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang bekerja rapat dengan rakan tempatannya untuk menjejaskan imej kerajaan.


Tiada ulasan: