| Regina Lee |
"Kementerian, melalui Jabatan Pembangunan Wanita, sedang mengkaji laporan itu, dan sedang meneliti khususnya tujuh kes baru
didokumentasikan dalam laporan tersebut.
"Kes-kes tersebut akan diserahkan kepada pasukan petugas nasional yang turut dianggota pihak polis," kata menteri berkenaan, Datuk
Shahrizat Abdul Jalil dalam wawancara emel dengan Malaysiakini.
Pada masa yang sama, beliau mempertahankan pihak polis, yang telah menutup kes itu akhir tahun lalu, atas alasan tidak cukup bukti dan
kurang kerjasama dari pihak mangsa.
Beliau juga berkata, pihak polis komited dalam menjalankan siasatan terhadap dakwaan dalam laporan tersebut.
Kementerian itu juga turut mempertahankan laporan pasukan petugasnya yang siap Oktober lalu, yang mengesahkan berlaku keganasan seks terhadap wanita Penan, dan bahawa mereka akan meneruskan usaha mendidik masyarakat berkenaan mengenai hak mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan