HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Julai 2010

Cuti Hari Raya Aidilfitri 2010. Dilema Balik Kampung?

Staff Berita Semasa

balik-kampung

Setiap tahun perkara seperti ini pasti akan terjadi lebih-lebih lagi menjelangnya cuti Hari Raya Aidilfitri 2010 kali ini. Masih tiada langkah-langkah kawalan dan perubahan yang cuba dilakukan setakat ini. Rasanya insiden harga tiket bas untuk balik kampung habis, kenaikan harga tiket bas dinaikkan, kekurangan bilangan bas acapkali kali “bertukar giliran” untuk memberikan masalah dan beban kepada pengguna.

Lihat……senario dan demam kenaikan harga minyak naik baru 5 sen, harga gula naik, harga diesel naik, mana pemimpin Malaysisa yang mengatakan tidak akan akan berlaku kesan kepada yang lain dan yang paling pentingnya tidak membebankan rakyat bawahan? Nah…inilah kesan yang ditanggung oleh rakyat. Rakyat yang balik kampung menggunakan bas ekspress semasa cuti Hari Raya Aidilfitri 2010 nanti pastinya terdiri daripada kebanyakan golongan berpendapatan rendah dan tidak lupa juga golongan pelajar. Itu belum ditambah lagi penguasaha, peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan dengan situasi sekarang ini…..

Pengerusi dan Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Berhad (KTB) Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh telah melahirkan kebimbangan ekoran kenaikan harga diesel baru-baru ini…………………

cuti-hari-raya-adilfitri-20

KUALA LUMPUR: Thousands may not be able to balik kampung during the Hari Raya season if express bus operators are left to bear the burden of the recent five-sen diesel price hike. Konsortium Transnasional Berhad (KTB), the largest public bus operator in the country with a fleet of 750 express buses, said it might not increase the number of express buses to serve passengers if its request to revert the subsidised diesel price to RM1.43 was not met.

KTB chairman and managing director Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh said the bus industry had already been hit badly and the recent fuel price hike would further increase operational costs by RM3 million. “Every five-sen increase will cost us RM3 million. We suffered huge losses last year. Our revenue has also dropped because too many licences have been issued and now, there are just too many bus companies. Bus operators find this very frustrating.”

He said the idea of not providing extra coaches — a total of 16,000 seats each day during the festive season — was not meant as a threat or a demand to increase fares. “It is a way to cope with increasing costs.” Nadzmi said the bus business, which is regulated by the government, was facing tremendous difficulty because more bus companies meant reduced profit.

“The industry is not going anywhere. What is the point of continuing to regulate the industry when, at the same time, you are issuing too many licences? People are losing money.” The price of subsidised diesel went from 65 sen per litre in 2005 to RM1.43 in 2006. It is now RM1.48. Bus operators have been lamenting the increase in cost of maintenance, tyres and spare parts, bus terminal rental and labour as well as the insufficient fuel quota for subsidised diesel.

KTB executive director and chief operating officer Tengku Hasmadi Tengku Hashim said forward sales of express bus tickets for Hari Raya had been put on hold in case fuel prices were increased further. KTB sells up to 40,000 tickets a day during the Hari Raya season, compared with just 24,000 tickets on a normal day.

“We were supposed to start selling the tickets last weekend but if we sell tickets now, and if the diesel price goes up by five sen again next month, we may no longer be able to bear the cost,” Tengku Hasmadi said. He said the operation of city and stage buses in Kelantan, Negri Sembilan, Kedah, Seberang Prai, western Selangor and central Pahang could even be stopped if nothing was done to bridge the financial problems faced by the industry players.

He said stage buses were the hardest hit, with losses amounting to RM28 million reported last year. “This price hike came as a surprise to us, unlike the previous increase when the government gave us notice in advance. We want a dialogue with the authorities on what can be done to help this situation.” New Straits Times

Pelik juga, tak bagus ker untuk pengguna jikalau diberikan banyak pilihan? Biasalah apabila banyak pilihan untuk baik untuk pengguna sebenarnya tetapi dilihat tidak bagus daripada kaca mata pengusaha-pengusaha bas tertentu yang ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda lebih-lebih lagi di musim perayaan ini. Itu sebabnya kena ada penguatkuasaan yang lebih “keras” untuk mengelakkan kejadian pengguna tidak ditipu dan kebajikan pengguna yang melibatkan penganiayaan semasa mereka balik kampung cuti Hari Raya Aidilfitri 2010 nanti dapat dibanteras.

Biasanya bisnes di Malaysia ni pun, ramai yang ikut trend. Orang meniaga nasi lemak, dia pun nak niaga nasi lemak contohnya. Tidak kaji demand & supply semasa memulakan perniagaan. Main terjun sahaja. Tetapi apabila tidak maju, mulalah main santau. Daripada sekecil perniagaan sampailah ke meniaga bas ekspress. Macam itu jugaklah. Yang kaji dan bijak mengambil peluang, tu ha……syarikat Sani Ekspress. Beliau pandai buat laluan yang mana mempunyai permintaan yang tinggi dan permintan kurang. Itu sebabnya bisnes bas ekspressnya boleh “boom” cepat. Dalam soal ini regulator nak bagi lesen kepada pengusaha bas itu tidak kisah sebenarnya. Yang penting bagaimana pengusaha bas itu nak menguruskan pernigaan mereka.

“Kamu nak lingkup ka, nak maju ka, nak bangun semula ka selepas gagal, ruang dan peluang sudah diberikan pandai-pandai masuk bisnes ekspress dan berjaya untuk berdiri”.

Begitu juga penerbitan akhbar-akhbar di Malaysia . Berikan kebebasan mereka untuk mengeluarkan akhbar mereka sendiri. Yang berjaya menarik hati pembaca akan terus kekal dan maju dalam perniagaan mereka. Yang tidak berjaya memikat hati pembaca, bungkus………………..Habis cerita. Ini kerana ruang dan peluang sudah diberikan……Kenapa ada sekatan?

Dan ini pula respon Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) terhadap isu tindakan segekintir pengusaha bas dan juga Konsortium Transnasional Berhad (KTB) terhadap masalah bas tambahan untuk Cuti Hari Raya Aidilfitri 2010 nanti :

balik-kampung2

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) memberi amaran kepada kira-kira 130 pengusaha bas di Semenanjung supaya tidak cuba mengugut kerajaan dengan menjadikan kenaikan lima sen harga diesel sebagai alasan untuk tidak menyediakan bas tambahan sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2010. Pengarahnya, Datin Naimah Ramli berkata, pihaknya melihat cara mereka itu seolah-olah mahu mengugut kerajaan supaya memenuhi permintaan mereka, selain tindakan itu boleh menyebabkan rakyat panik dan susah hati kerana bimbang tidak dapat pulang berhari raya di kampung.

“Cara mereka itu seolah-olah mengugut dan saya ingin mengingatkan, cara ini tidak wajar dilakukan kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai. Sepatutnya mereka datang berjumpa kita terlebih dulu untuk berbincang dan bukannya berjumpa pihak media.“Kita hairan, biasanya Konsortium Transnasional Berhad (KTB) tidak suka bertindak begitu,” katanya

Kira-kira 130 pengusaha bas di Semenanjung yang menjadi ahli Persatuan Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) termasuk syarikat terbesar perkhidmatan itu, KTB tidak akan menyediakan bas tambahan sempena Aidilfitri berikutan kenaikan lima sen harga diesel diumumkan kerajaan pada 16 Julai lalu.Pengarah Eksekutif KTB, yang mewakili pengusaha bas berkenaan, Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, langkah berkenaan terpaksa diambil ekoran kenaikan subsidi diesel daripada RM1.43 seliter kepada RM1.48 seliter yang disifatkan secara mendadak.

Kenaikan itu menyebabkan KTB berdepan kerugian hampir RM3 juta kerana terpaksa menanggung bebanan bahan bakar dan kenaikan kos penyelenggaraan, selain turut mencatatkan kerugian RM12 juta tahun lalu. Naimah berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan pengumuman itu kerana kerajaan tidak akan membiarkan keadaan itu, sebaliknya akan mencari kaedah terbaik menyelesaikan masalah termasuk mengadakan perbincangan dalam tempoh terdekat dengan pengusaha bas lain yang berminat mengadakan bas tambahan tahun ini.

“Kita tidak boleh membuat apa-apa jika mereka mengambil keputusan tidak menyediakan bas tambahan untuk musim perayaan tahun ini kerana khidmat bas tambahan adalah inisiatif dan kerelaan syarikat bas itu sendiri.“Sekiranya, mereka tidak berminat, mungkin ada pengusaha bas lain yang mahu dan kita akan menyemak kembali senarai syarikat yang pernah membuat permohonan mendapatkan permit bas tambahan tahun lalu. “Jadi, rakyat tidak perlu bimbang mengenainya, lagi pun Aidilfitri lambat lagi dan kita masih ada masa menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai terutama pelajar boleh mencari alternatif sendiri dengan memohon untuk menyewa khas secara berkumpulan bas persiaran, bas sekolah atau bas kilang untuk pulang ke kampung tanpa perlu bergantung kepada bas ekspres.

“Biasanya pelajar akan mengumpul sesiapa saja yang berada di kawasan kejiranan atau di universiti dan selepas itu mencari bas untuk disewa khas bagi perjalanan pergi dan balik kampung sempena Aidilfitri,” katanya. BERITA HARIAN

Macam inilah yang berlaku setiap tahun, pengusaha bas bertindak “tidak mahu bekerjasama” selepas berlakunya kenaikan harga minyak contohnya, kemudiannya datang “bersilat” dan akhirnya mereka diberikan juga kebenaran untuk kenaikan tambang bas yang diberikan istilah “surcaj”.

Jangan nanti demi bagi peluang kepada pengusaha bas lain yang sanggup sediakan bas tambahan, keselamatan pengguna ambil acuh tak cuh. Kalau terjadi kejadian dan insiden yang tidak diingini barulah sedar pemandu ada 15 saman, bas dah tua, brek kurang berfungsi dan lain-lain…..

Tiada ulasan: