HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Julai 2010

38,357 Muflis Kerana Kad Kredit di Malaysia

Staff Berita Semasa

muflis-kerana-kad-kredit3

Melihat trend dan gaya hidup pengguna hari ini, maka salah satu desakan konsumerisme yang semakin hangat diperkatakan adalah budaya berhutang bentuk baru iaitu kad kredit. Mula-mula berjanji dengan diri sendiri tidak mahu berbelanja lebih. Tetapi apabila sudah lama menggunakan kad kredit akhirnya “terlebih belanja” dan “memakan diri”. Dalam situasi seperti ini, kita tidak patut salahkan perkhidmatan kad kredit semata kerana kerja mereka hanya berkisar kepada keuntungan semata-mata disamping menggalakkan rakyat supaya berhutang.

Yang masalah besarnya pengguna kad kredit yang sering lupa diri ketika berbelanja sedangkan hakikatnya diri tak mampu nak membayar semula. Kalau pandai guna, pandai bayar tidak mengapa. Masalahnya yang tidak pandai menguruskan perbelanjaan kad kredit masing-masing…..sehinggakan muda-muda lagi dah muflis kerana kad kredit. Kasihan….

Kebanyakan nak guna kad kredit sebab apa sebenarnya ?

  1. Mahu menggunakan ketika kecemasan. Bentuk kecemasan yang bagaimana?
  2. Guna ketika mengisi minyak
  3. Sambil berbelanja teruja dengan mata ganjaran yang ditawarkan yang hanya dijadikan tarikan oleh pihak bank sahaja
  4. Guna ketika melancong ke luar negara
  5. Lain-lain?

muflis-kerana-kad-kredit

Dahla…caj kad kredit turut membebankan pengguna yang rata-ratanya kebanyakannya terdiri daripada golongan yang berpendapatan serdahana ditambahkan lagi dengan pelaksanaan yang terbaru oleh pihak kerajaan yang mengenakan caj sebanyak RM50 yang pastinya meninggalkan impak yang besar kepada pengguna kad kredit seperti menambahkan lagi beban (hutang) kepada pengguna yang suka berhutang. Apa signifikannya kerajaan buat begitu?

Di atas kertas kerajaan mengatakan untuk mengelakkan rakyat daripada berhutang dan boros berbelanja. Ya…..SAYA SOKONG KENYATAAN INI. Tetapi hakikatnya duit rakyat diambil secara halus untuk menambahkan dana dan tabung kerajaan. Kenapa tidak diperbetulkan sisitem kad kredit itu sendiri?

muflis-kerana-kad-kredit2

Ada pula trend sekarang di mana terdapat segelintir bank (tak perlu saya sebut bank yang mana. tetapi hati-hati) yang menghantar terus ke kediaman anda mengatakan permohonan kad kredit anda telah diluluskan. Tidak pelu terkejut. Memang terdapat modus operandi seperti itu padahal ada yang tidak berniat apatah lagi cuba memohonnya. Cuma kita sendiri perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Sekarang ini bank pun dah permudahkan urusan dan syarat permohonan kad kredit sejak satu dekad lalu iaitu pada tarikh 28 Julai 1999, institusi perbankan melonggarkan kebenaran pemilikan kad kredit dengan individu yang mempunyai pendapatan RM1,500 sebulan layak memiliki kad kredit.

Baru-baru ini ramai golongan muda yang muflis kerana kad kredit…..

MELAKA: Ismail Sabri , Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar bahawa seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 41 tahun, diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lepas, yang berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit serta pinjaman peribadi.

Beliau menasihati pengguna supaya bijak berbelanja dan menguruskan kewangan dengan baik bagi mengelakkan mereka diisytiharkan muflis. – BERNAMA

Persoalannya sekarang apakah apabila kita melihat angka-angka seperti ini adalah masih lagi sesuatu yang normal atau ia satu angka yang perlu dibimbangkan dalam keadaan negara hari ini? Itu yang diisytiharkan muflis kerana kad kredit, bagaimana pengguna yang sedang bergelut dengan masalah hutang kad kredit ini? Walaupun kad kredit bukan faktor utama yang menyumbang kepada muflis, namun pendidikan yang berterusan perlu diberikan kepada penggunanya disamping satu kajian terhadap had maksimum pemegang kad kredit itu sendiri. Sekarang ini kebanyakannya akan mohon bank yang lain pula had maksimum kad kredit yang sebelumnya telah penuh. Akhirnya ada individu yang mempunyai 5-7 kad kredit.

“Tiada duit buat cara tiada duit, elakkan belanja melebihi kemampuan”

muflis-sebab-kad-kredit

NIKMATI 1 BULAN YURAN LANGGANAN PERCUMA DENGAN OIAB™ PLUS

Tetapi nak buat macammana bank-bank di Malaysia sudah “kawtim” dengan Bank Negara Malaysia dan kerajaan supaya bank mereka terus dapat beroperasi dengan baik dan mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Salah satu cara nak pastikan Return on Investment (ROI) kekal setiap tahun adalah dengan cara memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi penghutang termasuk memaksimakan pinjaman, permudahkan permohonan kad kredit dan sebagainya….

Akhirnya pengguna yang gagal menguruskan kewangan sendiri, berbelanja tak ingat dunia terperangkap dengan permainan sendiri muflis kerana kad kredit. Ada pengguna kad kredit di sini? Apa pandangan dan respon anda degan isu penggunaan kad kredit di Malaysia?

Tiada ulasan: