KUALA LUMPUR: Kerajaan sekali lagi menegaskan keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan "Sports Betting" kepada Ascot Sports Sdn Bhd sepertimana yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Jun lalu.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dalam kenyataannya berkata, keputusan itu juga telah ditegaskan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanazlah dalam sesi ucapan penggulungan Kementerian Kewangan bagi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat pada 29 Jun lepas.
"Jawapan Parlimen yang diedarkan pada 6 Julai, 2010, oleh Kementerian Kewangan atas pertanyaan Ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar mengenai isu pemberian lesen kepada Ascot Sports Sdn Bhd adalah jawapan awal yang disediakan sebelum kerajaan mengambil keputusan muktamad itu," kata Wan Abdul Aziz, Khamis.
Pada 25 jun lalu, Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan
10 ulasan:
sepatutnya isu ini sudah selesai kerana kerajaan telah mengambil keputusan tidak akan mengeluarkan lesen judi tersebut. mungkin ada pihak yang masih tidak berpuas hati dan menimbulkan isu ini semula bagi tujuan mengelirukan rakyat.
kerajaa dah umumkan bahawa tiada lesen judi sukan diluluskan, maka tiadalah lesen judi sukan. isu ini tak perlulah ditimbulkan lagi. ia sepatutnya dah selesai.
Isu ni sepatutnya tak diperbesarkan lagi. Dari dulu, kerajaan da bagi penjelasan namun masih ada pihak yang tak puas hati.... So lepas ni, saya harap takda lagi lah isu ni dikeluarkan ataupun dijadikan bahan utk memburukan nama baik kerajaan.
apa pun keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan harus dihormati dan janganlah ia dipertikaikan kerana keputusan yang dibuat adalah mengambil kira pandangan majoriti rakyat
adalah amat penting agar isu lesen judi ini tidak dipolitikkan kerana keputusan telahpun dibuat...
Isu ini memang mengelirukan. Skijap tidak, skijap ya..skarang tidak lagi. Diharapkan isu ini tidak akan timbul lagi.
Kepada pihak yang tidak puas hati diharapkan tidak akan membesarkan lagi isu ini. Kerajaan sudah tegas tidak akan mengeluar lesen pertaruhan sukan. Sila hormatkan keputusan kerajaan.
kerajaan telah membuat keputusan yang amat baik sekali...saya bersyukur dengan keputusan tersebut...TQ..
harap semua pihak faham apa yang telah dinyatakan..oleh itu jangan mahu membesarkan isu lagi.
Sememangnya mengelirukan. Sekejap ada, sekejap tiada.
Catat Ulasan