KUALA LANGAT— Seramai 688 orang ditahan kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, meningkat hampir 100 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatat 346 tangkapan.
Mereka yang ditahan itu berumur antara 15 dan 70 tahun.
“Mereka yang berumur antara 18 dan 45 tahun merupakan golongan yang paling ramai ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Kuala Langat,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada pertambahan kes penyalahgunaan dadah, antaranya pengaruh rakan sebaya, tekanan perasaan, kurang pengetahuan agama dan masalah rumah tangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan