HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Oktober 2010

PAC siasat 9 salah urus utama


e9fa0e75f2b3692c5ef78cb81cce3992Laporan Ketua Audit Negara 2009

Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memulakan siasatan berhubung laporan Ketua Audit Negara 2009 selepas mengenalpasti sembilan kesalahan utama.

Ahli Parlimen PAS-Tumpat Kamaruddin Jaafar berkata, di antara lain, PAC menemui elemen "salah urus tadbir" dalam program makanan tambahan (RMT) dan pusat hemodialisis.

"Kami juga menemui salah urus dalam kem tentera di Skudai, Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Negara (PTPTN) dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC)," kata beliau yang juga ahli PAC kepada para pemberita di lobi Parlimen semalam.

Sementara itu, pengerusi PAC Azmi Khalid berkata, pihak-pihak berkuasa yang berkenaan akan dipanggil ketika siasatan PAC dalam tempuh dua minggu lagi.

Laporan audit itu, yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa PTPTN mungkin menghadapi masalah defisit aliran tunai berjumlah RM46 bilion apabila secara misteri perbadanan itu meluluskan pinjaman berjumlah RM23.78 juta kepada 16,013 pelajar yang tidak memohon kemudahan itu.

Ini membuktikan para pelajar yang berkenaan tidak menandatangani sebarang perjanjian untuk membayar balik pinjaman itu.

Sementara itu, di bawah program makanan tambahan Kementerian Pelajaran, didapati pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik hanya diberikan dengan dua keping roti putih dengan margerin, walaupun dijanjikan dengan sandwich sardin.

Pembekal makanan di lima buah sekolah rendah yang berbeza di seluruh negara di dapati menyediakan makanan pada tahap kualiti yang rendah dari yang dicadangkan oleh RMT.

Berhubung kemelut hemodialisis, didapati seramai 10,101 pesakit di lima buah hospital di seluruh negara hanya membayar RM143,329 dalam bentuk yuran tambahan di antara tahun 2007 hingga 2009.

Kelima-lima hospital itu ialah Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Melaka, Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu dan Hospital Besar Sarawak.

Tiada ulasan: