Oleh Suara Keadilan |
KUALA LUMPUR t - Cadangan Pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2011 mendapat tekanan hebat apabila laman sosial facebook yang menentang pembinaan Menara Warisan 100 tingkat sudah melebihi 200,000 orang, setakat hari ini. Laman sosial facebook '1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower' dilancarkan sejak 2 minggu lepas mendapat sambutan hangat selepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila dikatakan kos pembinaan menelan kos sebanyak RM5 bilion. Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di dalam twitternya membidas tindakan 'cybertrooper' MCA yang memperlekehkan sokongan rakyat bertali arus membantah pembinaan menara 100 tingkat tersebut. "Sungguh memalukan! MCA melalui cybertrooper sanggup memperkecil-kecilkan sokongan rakyat yang sudah melebihi 200,000 orang terhadap kempen di laman sosial Facebook "NoMegaTower" di mana sepatutnya Menteri dan pemimpin MCA sepatutnya menyuarakan pendapat mereka," ujar beliau. Kit Siang turut menegaskan supaya Najib memberikan respon segera terhadap 8.7 juta pengguna laman facebook di Malaysia yang terdiri dari 38% kumpulan umur lingkungan daripada 18-24 tahun dan 33% kumpulan umur lingkungan daripada 25-34 tahun. |
HALAMAN SANTAI
Ahad, 31 Oktober 2010
Kempen Bantah Menara Warisan 100 Tingkat Cecah 204,000 Orang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan