HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Oktober 2010

PAS cadang tambah jawatankuasa Parlimen

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar mencadangkan agar satu usul dibentangkan dewan rakyat berhubung penambahbaikkan institusi Parlimen Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS berkata, sekurang-kurangnya satu hari perlu diperuntukkan bagi membahaskan usul tersebut sempena memperingati 50 tahun Parlimen Malaysia.

"Jika tidak lewat, saya mencadangkan agar satu usul dibentangkan memperingati 50 tahun Parlimen.

"Usul tersebut sepatutnya dibentangkan oleh Perdana Menteri dan yang menyokongnya adalah Ketua Pembangkang," katanya sewaktu perbahasan bajet 2011 di Dewan Rakyat semalam.

Cadangan itu ujarnya bagi menunjukkan keprihatinan wakil rakyat di Malaysia yang menghormati dan mengiktiraf institusi Parlimen.

Selain itu, ianya juga bertujuan peristiwa sambutan bersejarah 50 tahun Parlimen direkod dalam handsard parlimen untuk rujukan masa akan datang.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar jawatankuasa pilihan parlimen diperbanyakkan sesuai dengan tuntutan semasa dan selari dengan amalan negara-negara lain.

Paling kurang katanya, Parlimen Malaysia perlu mempunyai tujuh jawatankuasa pilihan seperti parlimen Singapura.

Sehingga kini Parlimen Malaysia mempunyai lima jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat.

"Kita tidak ada sebagaimana Singapura, iaitu Estimate Commitee, kita tidak ada Public Petition Commitee.

"Kalau kita anggap demokrasi Singapura lebih teruk dari kita, dan kita lebih baik, maka saya kira kaeadaan ini sangat memalukan," jelasnya.

Tiada ulasan: