HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Oktober 2010

Drama di Batu Sapi: Ansari terhumban ke laut

MALAYSIA KINI


Kempen lesu pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pagi ini dirancakkan dengan 'drama kecil' apabila calon PKR, Ansari Abdullah terjatuh ke laut apabila jeti kayu yang dipijaknya tiba-tiba runtuh.

Ansari (tengah) berjaya menyelamatkan dirinya tanpa sebarang kecederaan meskipun pakaiannya basah kuyup dan beliau kehilangan dua telefon bimbitnya.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, Ansari bersama krew berita sebuah stesen televisyen swasta serta beberapa pekerja parti tiba di Pulau Api-Api dari pulau berhampiran.

"Yang mula-mula naik ke jeti (pelantar) selepas bot rapat di pelantar itu ialah krew NTV7. Selepas itu saya. Apabila saya melihat jeti (pelantar) itu agak goyah, saya tidak bagi sesiapa lagi naik.

"Malangnya, disebabkan bot itu (yang mereka naiki) bergoyang, pengarah pilihan raya PKR turut naik ke atas jeti menyebabkan ketiga-tiga kami jatuh ke dalam laut, habis basah," katanya.

Beliau berkata mujurlah semua mereka selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun basah kuyup dan petugas stesen televisyen itu sempat menyelamatkan kameranya daripada basah.

Menurut penyelaras kempen PKR, Sim Tze Tsin - Ansari masih bersemangat untuk berjuang selepas kejadian itu.

"Ansari berkeras mahu melawat antara kawasan paling miskin di Sandakan bagi merayu undi. Semangatnya masih tinggi di sebalik kejadian itu.

"Kita tidak lihat ini sebagai petanda buruk, tetapi kejadian ini menunjukkan dengan jelas, BN telah gagal menjaga kawasannya, apa lagi membawa kemajuan. Jeti kayu pun mereka tidak boleh selenggara,” bidas Sim.

Menurut Sim, Pulau Timbang di perairan Sandakan yang mempunyai 227 pengundi Melayu-Bajau dan tinggal di rumah yang daif.

"Kejadian hari ini menunjukkan kerajaan tidak prihatin. Orang ramai bergantung bergantung kepada jeti ini setiap hari, malah kanak-kanak sekolah menggunakannya ke sekolah,” katanya.

Ansari berkata beliau juga bersyukur kerana hanya pelantar jeti yang roboh dan bukannya keseluruhan jeti itu memandangkan terdapat wanita mengandung dan ibu yang membawa kanak-kanak kecil sedang menunggu di atas jeti ketika kejadian itu.

Sehubungan itu, Ansari meminta ADUN Sekong Datuk Samsudin Yahya supaya mengarahkan agensi berkaitan untuk segera membaiki jeti berkenaan.

Ansari, ketua cawangan PKR, Tuaran ditentang oleh presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon BN Linda Tsen dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi parlimen Batu Sapi.

Pengundian adalah pada 4 November ini.

29 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Biar rakyat yang membuat pilihan mereka.

samm berkata...

rakyat perlu membuat pilihan berdasarkan kemampuan calon. semoga yang terbaik akan menang...

Anak Sabah berkata...

Kepada semua calon, selamat berjuang, dan kepada semua pengundi, selamat mengundi.

mandau berkata...

sungguh malang nasib Ansari, mujurlah dia selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. apapun dalam pilihanraya ini, semua calon buatlah yang terbaik.

Jason berkata...

Mungkinkah ia juga tanda bahawa Ansari tidak boleh dipercayai?Apa2x pun jeti tersebut harus dibaikikan.

Jason berkata...

Pengundi, undilah yang terbaik kerana masa depan batu sapi adalah di tangan kamu.

evan medhousky berkata...

kebetulan beliau naik jeti itu terus roboh. tandanya PKR tidak akan mampu bertahan di Sabah.

evan medhousky berkata...

insiden ini tidak perlu dimasukkan dalam setiap kempen PKR. apa2 pun pihak yang berkenaan perlu ambil langkah2 membaiki semua jeti yang terdapat di Sandakan.

Tanpa Nama berkata...

itu mungkin petanda tak baik bagi Ansari, apapun, jeti tersebut perlu dibaiki.

Tanpa Nama berkata...

setiap calon yang bertanding perlu membuktikan keupayaan mereka. bersainganlah dengan adil dan bersih..

Hamdan Hadillah berkata...

Masalah terlalu berat yang naik itu tambahan lagi Sampai 3orang satu jati. memanglah jeti tidak tahan. orang lain selama ini naik tidak juga jatuh-jatuh. Memang nasib malang betul ansari dengan rakan-rakannya.

Unknown berkata...

Kita tengok saja apa mainan Ansari selanjutnya. Itu untuk menutup malu Ansari dan menyalahkan kerajaan pula.

Ezef berkata...

It is a tragic for him, but there is nothing to be surprised of.

Velove berkata...

Tidak hairan kalau Ansari menggunakan kaedah untuk memancing undi dan menentang parti lain.

Paquin berkata...

Selamat berjuang pada semua calon. Ingat jangan gunakan taktik kotor.

Paquin berkata...

Kesian juga si Ansari.. Syukur beliau selamat.. huhu

Paquin berkata...

Hahhahaha.. lucu pula andaian si evan medhousky ni.. Tapi mcm ada betulnya juga oo kan:P hehe

Paquin berkata...

Bagi saya terpulanglah pada rakyat utk buat penilaian terhadapa perkara ni.

Paquin berkata...

Yang penting calon yang bakal menang adalah yang terbaik utk rakyat. All the best ya kepada calon2 yang bertanding:)

langsat berkata...

apapun, keadaan jambatan buruk tu sehingga menyebabkan Ansari terjatuh ke dalam laut menunjukkan sudah sampai masanya para pemimpin tidak kira siapapun membaikinya. namun, si pemimpin atau ketua kampung atau ketua daerah kenalah proaktif dalam membaikinya. semua tu bukan salah BN dan yang gagal inform BN kerana kerosakan jambatan tersebut ialah para pemimpinnya! saya tidak salahkan parti tetapi yang salah ialah jentera pelaksana yang tidak menjalankan tugas dengan baik

langsat berkata...

sangat dashyat sekali Ansari turun padang....sampai basah kuyup di bawah jambatan!

langsat berkata...

saya rasa BN kenalah fikir bagaimana nak menang undi di Batu Sapi. dan pastikan bukan dengan cara undi 'simpati' sekejap yang hanya kesian rakyat pada masa-masa tertentu...

langsat berkata...

teruskan perjuangan dan pastikan BN sentiasa tersemat di hati penduduk Batu Sapi

Unknown berkata...

Kasihan.. pemimpin yang berkobar nak tengok2 keadaan masa itulah juga jeti runtuh..

Unknown berkata...

Diharap pihak tertentu akan terus membaikpulih jeti tersebut..

Unknown berkata...

Saya dengar sudah terjatuh buat kali kedua lagi. Aduhai malangnya nasib anda.

Nemia berkata...

He falls again. He needs to change his specs, I guess.

Unknown berkata...

Jeti tersebut tidak lagi selamat digunakan, pihak berkuasa tempatan harus bertindak cepat membaiki kerosakan.

Antanum berkata...

Mungkin secara kebetulan sahaja. Tapi terpulang kepada rakyat untuk menilai..