Oleh Fazli Othman |
KUALA LUMPUR - Kerajaan Umno-Barisan Nasional lebih mementingkan pembinaan projek mega seperti Menara Warisan Merdeka 100 tingkat daripada memperuntukan dana bagi program latihan dan kemahiran untuk belia di negara ini. Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Umno-BN lebih sanggup membelanjakan lebih lima kali ganda daripada peruntukan Bajet 2011 untuk pembinaan kota di awang-awangan sementara warga belia dan golongan pekerja gagal diberikan pendidikan, kemahiran dan latihan yang diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan berpendapatan tinggi. "Jumlah yang diperuntukkan untuk membangunkan minda anak muda negara bagai setitis air di lautan luas dibandingkan dengan jumlah yang akan dibelanjakan untuk membina menara megah, mencantikkan istana dan membeli kapal selam yang tidak mampu menyelam. "Rakyat bukan mengharapkan menara pencakar langit sebaliknya sekadar mengharapkan peluang sebenar untuk meningkatkan kemahiran dan kedudukan mereka untuk menyara kehidupan," kata beliau semasa perbahasan Bajet 2011 di Parlimen semalam. Tambahnya lagi, kerajaan Umno-BN hanya menumpukan terhadap membina bangunan sekolah dan infrastruktur semata-mata tanpa menghiraukan institusi pendidikan yang lebih utuh dan jitu. "Apa gunanya kita membina bangunan sekolah indah mempersona dan kemudahan penyelidikan bertaraf dunia sedangkan semangat untuk mencari ilmu itu sendiri, terkongkong dan terbelenggu oleh undang-undang zalim seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku). "Kerajaan juga alpa berhubung latihan vokasional untuk pelajar yang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara. "Sikap mementingkan perkakasan dan bukannya perisian tidak pernah berubah sejak kerajaan Umno-BN mentadbir negara," tegasnya lagi. Apa yang lebih malang kata Abdul Khalid, di dalam keadaan negara tidak mempunyai ekonomi yang berteraskan golongan pekerja berpendapatan tinggi, kerajaan Umno-BN pula berbelanja secara boros dan tidak terkawal. |
HALAMAN SANTAI
Sabtu, 30 Oktober 2010
Umno-BN Lebih Pentingkan Projek Mega Dari Pendidikan Untuk Rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan