HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Oktober 2010

Syabas kutip RM50 juta untuk sambung semula bekalan air


syabasOleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengutip sejumlah RM50 juta dari yuran penyambungan semula bekalan air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

Ahli Parlimen DAP-Klang Charles Santiago berkata, yuran atau ‘denda’ itu kebanyakannya dikutip ekoran dari pemotongan bekalan air daripada seramai 890,167 pengguna di antara tahun 2005 hingga 2009.

Menurut beliau, angka ini didedahkan oleh Menteri Air, Teknologi Hijau dan Tenaga Peter Chin dalam jawapan bertulis beliau kepadanya.

"Menurut kementerian itu, sehingga September tahun ini, dianggarkan Syabas telah memotong 100,000 bekalan air kepada pengguna," kata beliau pada sidang Parlimen di sini semalam.

Beliau sangat prihatin memandangkan terdapat 1.2 juta kes pemotongan air dan kadar pemotongan bekalan air adalah "membimbangkan".

Charles berkata, "apa yang membimbangkan ialah untuk menyambung semula bekalan air, para pengguna telah membayar caj bayaran RM50 setiap kali bekalan air disambung semula.

"Jika anda membuat pengiraan matematik, dari tahun 2005 hingga 2009, Syabas telah mengutip sebanyak RM44.5 juta manakala pada 2010, mereka mengutip RM5 juta," jelas beliau.

Beliau menyoal kenapa kadar pemotongan bekalan air tinggi walaupun kerajaan negeri Selangor memberi 20 meter padu air percuma kepada para penduduk setiap bulan.

"Keadaan ini menunjukkan kadar kemiskinan di kalangan para penduduk negeri ini semakin meningkat," katanya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

I think Charles Santiago berniat jahat..Org yg tak byr bil air akan dipotong apabila 2 notis tlh dihantar ke rmh msg2..Begitu juga org yg tak byr cukai pintu atau tanah pun tetap akan diheret ke mahkamah.

Apabila nak buat penyambungan, maka perlulah didenda..RM 50 itu harga standard lbh kurang mcm penyambungan semula ASTRO dan letrik..

Kita mesti fhm pemotongan berlaku bukan kerana SYABAS kejam. Tapi, disebabkan rakyat yg tidak ambil peduli dgn bil..Jika SYABAS biarkan pula,maka akan lingkuplah SYABAS..Klu begitu kena minta kerajaan Selangor buat jaminan supaya seluruh rakyat Selangor akan menikmati air percuma.

Kenapa Charles lahirkan rasa bimbang dan prihatin terhadap 1.2 juta rakyat tersebut? Adakah mrk ni miskin? Klu miskin ini bermakna Kerajaan PR Selangor gagal membasmi kemiskinan di negeri mrk sendiri wlupun semua ADUN dan Ahli Parlimen di Selangor antara yg terkaya di Malaysia.

Unknown berkata...

Sebagai seorang pemimpin, mereka mesti menjaga keperluan rakyat dan memastikan mereka menikmati kehidupan yang baik.

Rakyat juga mestilah menjadi rakyat yang baik dan tidak merosakkan atau mengabaikan segala kemudahan yang telah diberikan.

Contohnya, meskipun Kerajaan Selangor telah memberi 20 meter padu air percuma, tapi mereka tetap boros menggunakan air sehingga menyebabkan kadar bil terlalu tinggi. Akhirnya mereka sukar dan terlalu liat untuk membayarnya.

Pada masa yang sama, segelintir rakyat di Selangor yang tinggi tahap keprihatinannya menyumbang pula kadar RM11.40 kepada SYABAS dengan penuh rasa sukarela untuk membantu mereka yang tidak mampu membayar bil dan menyambung semula perkhidmatan air mereka.

Itulah rakyat yang menetap di negeri yang kaya raya. Pelbagai ragam dan perangai.