HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Oktober 2010

APMM BURU MANGSA ATAU MINTA RASUAH?


Oleh: AMBROSE LEE MATTHEW

KELIBAT keterlaluan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapat cemuhan dan tohmahan daripada dua peniaga yang menjadi mangsa ‘keganasan’ kakitangan agensi tersebut yang hanya dikenali sebagai Roy Lim dan Arthur Wong yang kemudiannya telah membuat laporan Polis di Balai Polis Sipitang pada September lalu.

Laporan Polis itu yang bernombor SIN/RPT/312/2010 sudah cukup memberi bukti bahawa tindakan harus diambil kepada kakitangan APMM yang menggunakan senjata sebagai jalan kekerasan ketika mencekup anak-anak buah peniaga tersebut yang hanya disyaki menjalankan penyeludupan minuman beralkohol sebelum terbukti salah atau sebaliknya.

Tidak cukup dari itu, kakitangan APMM terus memburu anak-anak buahnya yang lain yang sedang dalam urusan perniagaan bekalan barangan runcit di Tenom, namun APMM terpaksa juga mendarat ke Tenom walaupun bukan ‘area’ tugasan mereka di situ untuk mencekup dan menggertak anak-anak buahnya dan merampas 500 kartun beer yang berlesen tetapi hanya mengembalikan kepadanya sebanyak 320 kartun sahaja.

Kedua-dua peniaga itu tidak berpuas hati dengan kelibat serta tingkahlaku pihak APMM mengendalikan tugasan mereka terhadap orang awam dan meminta campurtangan SPRM untuk menyiasat kes tersebut yang mempunyai unsur-unsur salahlaku dan rasuah.

“Kami punya gudang dekat Inanam pun kena pecah oleh kakitangan APMM. Kami mahu minta gantirugi. Kami tidak tahan ada orang dia selalu datang jumpa minta ini dan itu. Kalau tidak kasi, dia bikin kami macam-macam,” tegas kedua-dua peniaga terbabit.

Kata peniaga terbabit, pihaknya sudah membuat laporan Polis dan sedang dalam proses perbicaraan.

“Ada dua kes sudah selesai di Mahkamah. APMM kalah dan kena bayar ganti rugi kepada kami, tapi sampai sekarang belum bayar. Ini ada lagi satu kes mahu masuk Mahkamah. Mereka tidak serikkah? Malulah Timbalan Perdana Menteri kalau begini?” tambah mereka yang menyedari APMM di bawah kawal selia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua peniaga terbabit merasakan penghidupan seharian mereka untuk mencari sesuap nasi terlalu terhimpit sehingga memaksa mereka berminat mendedahkan masalah mereka kepada media supaya pihak berwajib seperti SPRM dan jabatan Perdana Menteri mendapat maklumat tentang perilaku kakitangan APMM di Sabah, khususnya di Stesen Labuan, Sipitang dan Kota Kinabalu.

Tambah mereka lagi, “Kalau pun kami bersalah dengan urusan perniagaan kami, lakukanlah mengikut tatacara yang betul kerana kami juga manusia biasa yang mencari sesuap nasi untuk dimakan. Tetapi sebaliknya kalaulah kami bersalah pun; Negara ini ada Mahkamah untuk menyelesaikan masalah pelanggaran undang undang dan sebaliknya, bukanlah APMM meletakkan undang-undang itu ditangan mereka sendiri”.

Tiada ulasan: