HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Oktober 2010

Hanya Pakatan Rakyat Pilihan Rakyat Batu Sapi Bawa Reformasi Di Sabah

Oleh Dzulkarnain Taib

IMG_3611SANDAKAN - Pengundi Batu Sapi tidak mempunyai pilihan selain memenangkan calon Pakatan Rakyat sekiranya mereka serius untuk membuat perubahan di Sabah di atas kegagalan Barisan Nasional menunaikan janji membangunkan negeri ini selepas menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat yang berjaya memerintah lima buah negeri selepas Pilihan Raya Umum 2008 telah membuktikan bahawa kewangan dan hasil negeri telah diurus dengan baik dan telus untuk dikembalikan kepada rakyat.

"Kita hanya ada dia alternatif iaitu Pakatan Rakyat atau BN. Selepas 2008 rakyat kini boleh melihat dengan sendiri bagaimana kita memerintah Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah bersama Kelantan yang sudah lama diperintah oleh PAS. Bagaimanapun rakyat maklum Umno dan BN telah guna cara tidak demokratik untuk rampas Perak. Rakyat boleh tengok pemerintahna yang berbeza dengan BN yang sudah perintah lebih 50 tahun di Selangor. Kita tunjukkan kepada rakyat hasil Selangor digunakan untuk menaiktaraf pembangunan negeri.

"Pakatan Rakyat bukan cakap tak serupa bikin tapi cakap dan bikin. Di Selangor kita buktikan kepada rakyat bagaimana dasar kerajaan mengatasi masalah kemiskinan rakyat, kita berikan air 20 meter padu percuma, program khairat kematian dan bantuan usia emas, program ke universiti dan bantuan kepada sekolah Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat.IMG_3613

"Oleh itu saya menggesa rakyat Batu sapi jika mereka mahukan reformasimke arah perubahan di Sabah yang lebih baik, pilihlah pasukan yang baru. BN tidak boleh bawa apa-apa perubahan kerana mereka bukan berjiwa rakyat," kata Khalid pada sidang media di Bilik Gerakan Utama pagi tadi.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Pokok Sena berkata rakyat boleh melihat bukti kejayaan Pakatan Rakyat dengan membaca laporan Ketua Audit Negara yang mengatakan walaupun pendapatan berkurangan kerana kerajaan mengurangkan cukai tanah tapi kerajaan negeri berjaya menambah pendapatan daripada sumber lain.

"Kita kurang pendapatan daripada cukai tanah tapi pendapatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) naik secara mendadak daripada 0 peratus kepada jumlah yang amat memberangsangkan. Ini menunjukkan dengan pengurusan yang cekap dan efisien kita mampu menjana pulangan yang baiuk kepada kerajaan negeri yang kemudiannya menggunakan hasil pendapatan ini untuk program pembangunan rakyat.

"Hasil batuan Kedah juga meningkat 32 peratus dan bukti ini kita yakin akan menggerakkan gelombang baru perubahan yang bakal melihat pemerintahn pusat beralih kepada Pakatan Rakyat," kata Mahfuz.

24 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Biarkan rakyat sahaja yang menentukannya. Rakyat akan membuat pilihan yang terbaik.

Anak Sabah berkata...

Hanya rakyat sendiri yang tahu apa yang mereka mahukan dan hanya mereka sahaja yang berdaya menentukan kemenangan sebuah parti. Apa-apa pun, kita tunggulah dan lihat.

azman berkata...

rakyat Batu Sapi lebih tahu siapa yang terbaik untuk mereka. bagaimana rakyat ingin memilih PR jika ahli-ahli mereka bertelagah sesama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

negeri2 yang berada d bawah pakatan rakyat ni byk masalah seperti maslah kecurian pasir di Selangor, masalah air di kedah dan kelantan dan peniaga di tindas di Pulau pinang. lagipun, ahli2 PR ni sentiasa bertelaga. inikah parti yang sesuai untuk rakyat?

Unknown berkata...

Macam mana nak jadi pilihan rakyat jika di antara pemimpinnya pun tidak sebulu.

Mahsiran berkata...

Jangan bermimpi dengan mudah untuk menang. Saingan tetap hebat.

evan medhousky berkata...

rakyat perlu datang sendiri dan lihat bagaimana PR mentadbir negeri2 jajahan PR. hutang negeri tertunggak, pelabur asing lari, dan kemajuan2 yang ada hari ini adalah hasil dari kerajaan BN yang memerintah sebelum ini. mereka cuma mengambil alih pemerintahan negeri yang telah sedia membangun.

evan medhousky berkata...

rakyat jangan mudah terpedaya dengan kata2 mereka. selidik dahulu siapa sebenarnya mereka ini. rakyat di negeri2 pakatan juga sudah mula menolak kepimpinan PR, jadi Sabah jangan ambil langkah kebelakang dengan menyokong mereka.

Unknown berkata...

Kenapalah PKR ni terlalu angkuh sangat2

Leo berkata...

Tidak tersangka PR begitu angkuh sekali. Kita tengok dan lihat sahajalah siapa yang akan menang nanti.

Paquin berkata...

Tiada pilihan??? aiks.. namanya pun da terang2 pilihanraya mcm mana boleh takda pilihan.. amboi..

Paquin berkata...

Saya yakin pengundi tahu apa yang terbaik utk mereka jadi tak payahlah buat gimik lagi k..

Paquin berkata...

Sekarang ni masih terlalu awal utk buat ramalan... Jangan terlalu cakap besar nanti lain pula kejadiannya.

Paquin berkata...

PRK BS ni memang sengit.. Apa2 pun boleh berlaku nanti.. Jadi pengundi pun haruslah buat pilihan yang terbaik k :)

Paquin berkata...

Apapun jom kita tunggu& lihat apa kejadiannya nanti. hehehe

orangkampong berkata...

Tidak ada yang mustahil dalam politik ni weh....

Kalau nak tau apa Khir Toyo ( mantan MB Selangor )cakap semasa kempen PRU dulu, tidak ada peluang PR nak rampas dari pemerintahan UMNO/BN dan bla..bla..bla...

Bila dia tewas, malam pengumunan tu juga dia ' rompak ' fail dan segala di pejabat SUK. Dia juga arah supaya semua perabot balairaya dan dewan dirompak bawa balik , sebab itu harta UMNO/BN ( konon !! ).

Aku takut-takut bila Malaysia jatuh ke tangan PR ada pulak yang bunuh diri atau mengamuk sakan !.

Heh he he..pengundi Batu Sapi dan Galas mesti cerdik. Tak ada yang mustahil !....

Unknown berkata...

Saya rasa bukan semua pengundi Batu Sapi setuju kenyataan MB Selangar.

langsat berkata...

adalah amat tidak adil sekiranya PR mendakwa bahawa mereka boleh membawa reformasi di Sabah? saya rasa PR ni parti yang belum stabil..

langsat berkata...

sejauh mana kebenaran ulasan tersebut, mereka saja yang tahu....rakyat pun tahu menilai.

langsat berkata...

sebenarnya SAPP pun belum stabil dan perlu jangka masa lama untuk dapat berdiri!

langsat berkata...

sebenarnya Sabah boleh maju dan berdikari tanpa mengharapkan ihsan orang luar. namun, apa yang negeri ini perlukan ialah orang yang boleh memimpin dengan bijak, telus dan dedikasi. saya belum lihat benda tu ada pada mana-mana setakat ni..

langsat berkata...

PR masih bukan pilihan rakyat batu sapi dan biarlah semuanya ditentukan oleh pengundi

langsat berkata...

tunggu dan lihat sajalah. jangan cepat meramal sesuatu yang belum pasti

Antanum berkata...

Jika betul hanya PKR kenapa selama ini tidak ada pun sumbangan PKR kepada Batu sapi..???