HALAMAN SANTAI

Sabtu, 30 Oktober 2010

Anwar Minta Rakyat Batu Sapi Cipta Sejarah Cetus Perubahan Di Sabah

Oleh Dzulkarnain Taib
AnwarTaitongSANDAKAN - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa mesej jelas kepada rakyat Sabah khususnya pengundi Batu Sapi supaya segara membuat perubahan yang kritikal dalam usaha Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bercakap kepada pengundi di Dewan Serbaguna Tadika Tai Tong malam tadi, Anwar menegaskan seperti rakyat Sibu, Sarawak yang menolak Barisan Nasional pada pilihan raya kecil padsa Mei lalu, pengundi Batu Sapi juga mampu menghantar mesej yang terang kepada BN bahawa rakyat di kawasan parlimen ini juga menolak mereka.

"Pemimpin Umno dan BN sombong dan bongkak dan mereka tidak membela rakyat yang miskin. Balak mereka ambil , hasil minyal mereka sapu, tanah rakyat mereka rampas. Apa yanb rakyat dapat, mereka terus miskin, hidup melarat dan menjadi kuli dan hamba kepada tauke-tauke kaya.

"Berapa lama dia mahu tipu rakyat? Akhirnya apa yang kita lihat di Sibu, kubu kuat mereka berjaya kita rampas dan Sibu menjadi petanda gelombong perubahan di Sabah. Rakyat Batu sapi juga mampu cipta sejarah sebagaimana rakyat Sibu.

"BN perintah Sabah hampir 50 tahun, air hujan banyak tapi bekalan air rakyat tidak ada. saya pernah pergi ke Mali, sebuah negara Afrika, juga di sana tidak ada air sebab hujan turun hanya dua kali setahun. Di sini air banyak tapi air untuk minum tidak ada," tegas Anwar yang terus menemui pengundi daripada kalangan masyarakat Cina di kawasan Karamunting.

Mesej yang sama di bawa kepada penduduk miskin di Kampung Gas Besar yang merupakan penempatan masyarakat Melayu yang hidup dalam keadaan serba dhaif.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata rakyat Batu Sapi tidak ada pilihan melainkan memenangkan wakil Pakatan Rakyat sekiranya mahu suara mereka diangkat dan diutarakan dalam Parlimen.

"Saya mahu rakyat Batu Sapi memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan mengundi calon kita, Haji Ansari Abdullah. Saya berjanji sebagai pengerusi Pakatan Rakyat jika tuan-tuan dan puan-puan pilih dia, kami akan pantau prestasi dia, kalau tidak buat kerja kita humban dalam laut kata Anwar secara berseloroh.

14 ulasan:

zam berkata...

bagaimana rakyat mahu memilih PKR jika ahli-ahli PKR bertelagah sesama sendiri?

mandau berkata...

penduduk Batu Sapi lebih berminat dngn parti PAS berbanding PKR. PKR ini pasti yang brmasalah. rkyt tak inginkan parti seperti ini.

maya berkata...

Lakukan perubahan memang baik tapi biarlah perubahan kehadapan dan berwawasan untuk menjamin masa depan yang gilang gemilang.

evan medhousky berkata...

saya harap penduduk Batu Sapi akan mencipta sejarah cetus perubahan di Sabah dengan tidak memberi peluang kepada mana2 parti pembangkang untuk mencapai hasrat mereka. apa perubahan yang boleh dilakukan oleh PR sedangkan kemiskinan, penindasan, rampasan tanah, masalah air, merobohkan rumah/gerai, mencuri balak dan macam2 lagi telah dan sedang berlaku di negeri2 PR...

evan medhousky berkata...

jangankan membela nasib rakyat, membangunkan ekonomi negara pun mereka tidak mampu. mereka hanya mahu berkuasa supaya mereka juga boleh memerah kekayaan Sabah untuk diagih2kan ke negeri2 Pakatan Rakyat. nilailah sebaik2nya prestasi dan reputasi PR sebelum membuat keputusan menolak parti pemerintah.

Bujang Senang berkata...

Sebenarnya Anwar memint rayu dari Batu sapi untuk memberikan sokongan dengan PKR, jika PKR kalah ini memalukan parti PKR itu sendiri dengan ahli PR.

Mahsiran berkata...

Kita tidak perlulah tertipu dengan semua ini. PR bertanding hanya untuk kemenangan dan bukan untuk rakyat. PR hanya ingin menunjukkan bahawa mereka dapat menewaskan kerajaan. Apa pun kita nantikan saja pada PRK yang tinggal beberapa hari saja lagi.4

Leo berkata...

"Saya mahu rakyat Batu Sapi memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan mengundi calon kita, Haji Ansari Abdullah. Saya berjanji sebagai pengerusi Pakatan Rakyat jika tuan-tuan dan puan-puan pilih dia, kami akan pantau prestasi dia, kalau tidak buat kerja kita humban dalam laut kata Anwar secara berseloroh.

Ngam la tue..Humban ja dia pigi laut kalau pretasi dia tidak baik. Lagipun,dah kebiasan Ansari untuk jatuh masuk laut.

joey berkata...

apa perubahan yang mampu dilakukan oleh PR??? lihat saja dinegeri yang ditadbir oleh PR, pelbagai masalah yang berlaku. sukar untuk dipercayai mereka boleh membawa perubahan..

Tanpa Nama berkata...

terpulang sama rakyat nak sokong PKR atau tidak. itu hak masing2 nak pilih calon yang disukai.

Anak Sabah berkata...

Biar rakyat sendiri yang menentukan sama ada mahu mengundi BN, PKR ataupun SAPP.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan calon yang terbaik akan mendapat sokongan terbanyak daripada rakyat. Kita tunggu dan lihat, PRK tidak lama lagi.

Antanum berkata...

Adakah ini akan menjamin pembangunan di Batu sapi kelak?

nurfatihah berkata...

Terasa juga ingin cipta sejarah, tapi yakinkah kami terhadap pimpinan PKR? Tengok negeri2 pimpinan pembangkang pun sama saja.