HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Oktober 2010

'Lupakan' Galas seketika, tumpuan pada Piala Malaysia


Hazlan Zakaria

Kempen bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan 'dilupakan' seketika apabila penyokong BN dan PAS 'bergabung' memberi sokongan kepada pasukan Kelantan yang menentang Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia esok.
Penasihat jentera pilihan raya kecil PAS di Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pihaknya hanya berihat seketika untuk turut sama memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

"Kita fokus pada 'bola' dulu, lepas menang, kita balik pada pilihan raya," kata beliau yang juga ahli parlimen Kota Baru.

Bercakap dalam satu sidang akhbar harian di markas PAS di Galas, beliau berkata, parti itu akan juga menyediakan lima buah bas untuk membawa penyokong Kelantan ke Bukit Jalil untuk menonton perlawanan akhir itu.
Beliau menjangka kira-kira 1,000 buah bas disewa oleh peminat bolasepak Kelantan, Umno dan Kelab Penyokong Kelantan untuk membawa penyokong dari negeri itu ke Bukit Jalil.

"Kami juga akan menyediakan skrin besar televisyen di setiap daerah mengundi di Galas untuk mereka yang ingin menonton perlawanan tersebut. Tetapi ia bukan hanya di Gua Musang, tetapi di seluruh Kelantan juga .."

Sementara itu, suasana itu sudah mula dirasakan di pihak BN apabila Umno Gua Musang mengedarkan tiket percuma perlawanan akhir Piala Malaysia, kepada rakyat Galas.

Pengarah pilihan raya kecil BN bagi Galas, Razaleigh Hamzah mengedarkan tiket percuma itu - dipercayai berjumlah 700 - sewaktu satu pertandingan futsal di Sungai Terah pagi ini.

Tiada ulasan: