Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan yang menyeluruh mengenai dakwaan terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa "menjadi pelacur" bagi membiayai kos pengajian mereka.
"Kita amat berharap ada maklum balas segera daripada pihak kementerian kerana isu ini telah lama diperkatakan dan kini dibangkitkan sekali lagi.Terpaksa melacur
"Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.
Jaina dipetik sebagai berkata kebanyakan mereka yang terlibat datang daripada keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa mereka menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian dan kos.
Hamisa yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan berkata masalah itu mungkin akan menambah rantaian gejala sosial lain termasuk kes buang bayi, jangkitan HIV dan AIDS dan penagihan dadah.
"Mereka bukan sahaja berdepan dengan tekanan untuk menamatkan pengajian tetapi kos pengajian itu sendiri yang semakin meningkat tidak termasuk kos makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, buku-buku, komputer dan bil Internet," katanya.
Sehubungan itu, Hamisa berharap para pelajar IPT dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat itu.
22 ulasan:
Siasatan amat diperlukan bagi kes ini. Aktiviti seperti ini adalah sangat serius.
Perkara ini seharusnya dipandang serius. Kegiatan ini akan menimbulkan pelbagai perkara yang menjejsakan nama negara. Kegiatan ini juga akan meningkatkan pelbagai penghidap penyakit seperti HIV, AIDS ataupun penagihan dadah.
Terlalu banyak yang terpaksa ditanggung oleh para pelajar, walaupun mendapat tajaan/biasiswa tapi ini sekadar cukup untuk membayar yuran sahaja dan tidak termasuk kos-kos lain. Walaupun ada sebilangan pelajar yang sanggup bekerja sembilan tapi tetap tidak dapat menampung kos yang diperlukan.
jangan hanya pandai meletakkan masalah ini disatu pihak. masalah ini adalah masalah bersama yang memerlukan kerjasama semua pihak.
jika semua pelajar diberikan kemudahan asrama(golongan wanita) dan jika sekatan2 ketika berada dalam asrama dapat dikurangkan, pasti masalah ini tidak akan berlaku. pelajar2 terutamanya golongan wanita yang menyewa rumah atau bilik berpotensi terdedah dengan aktiviti2 ini kerana kebebasan mereka diluar kawalan pihak IPT. mungkin selepas ini kerajaan atau kementerian pendidikan perlu melaksanakan lebih banyak program diperingkat sekolah rendah/menengah bagi mendidik pelajar2 ini supaya boleh berdikari dan boleh membuat keputusan secara matang..
Perkara ini sunggu serius. Kegiatan kotor seperti ini boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam negeri.
Diharapkan siasatan dibuat dan semoga pelajar2x ini akan mencari duit dengan cara yang halal untuk membayar yuran.
Dakwaan ini memang patut disiasat terlebih dahulu.
This is totally humiliating.
hal ini bukan hal kecil, ia perlu diambil serius. sebagai pelajar IPT yang berpelajaran, mereka tak harus berlibat dalam kegiatan tak bermoral ini.
Harap siasatan terperinci perlu penyebab kenapa pelajar PTI melakukan semua ini adakah kerana kewangan atau kerana perkara lain.
Bukankah ini telah memalukan nama IPT Sabah yang pelajarnya melacur untuk mendapatkan kewangan sendiri. Adakah benar kenyataan ini??Siasatan susulan berhubung kes ini perlu dilakasanakan. Adakah perlu kita memberikan pendidikkan secara percuma kepada pelajar di negara kita ini??
Siasatan memang harus dijalankan!
pekara ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
harap siasatan untuk mengetahui kesahihan pekara ini dapat dilakukan.
Walau sia tidak percaya hal ini tapi memang ada kemungkinan ia berlaku.
Sungguh menyedihkan jika benar pekara ini berlaku.
Jika seseorang itu beriman, sanggup bersusah2 dahulu nescaya pada masa akan datang hidupnya pasti akan berjaya. Dan pada saat itu la anda sangat2 bersyukur dengan kepayahan hidup sebelum nya.
Mungkin ada yang terlibat tetapi tidaklah ramai. Keadaan mereka harus dipantau dan bantuan harus diberi.
Sebagai palajar IPT sudah tentu pandai berfikir. Jika benar mereka terlibat dalam gejala ini, tentu ada sebabnya. harap bukan untuk memenuhi keghirahan dalam benda mewah.
Cari orang yang mendakwa demikian, tanya dari mana dia dapat maklumat ini.
Siasatan perlu supaya bantuan yang sewajarnya diberi.
Catat Ulasan