HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Disember 2010

Anwar: Kenapa subsidi syarikat kroni tak dipotong?

MALAYSIA KINI

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.

pkr congress 271110 anwarKatanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.

“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.

Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.

Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.

Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.

“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.

Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.

Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

azlanBayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.

“Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.

16 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Subsidi untuk syarikat kroni patut dipotong.

Tanpa Nama berkata...

setelah kerajaan menaikkan harga petrol, pembangkang tidak henti2 mempersoalkan tindakan itu. sepatutnya kerajaan telah bersedia menghadapi serangan2 ini dan bersedia menjawab soalan2 yang diajukan. saya harap kerajaan tampil buat penjelasan.

Tanpa Nama berkata...

jangan cuba berdiam diri atau bersembunyi kerana kelak isu ini boleh dimainkan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Antanum berkata...

Syrikat kroni? mana bukti syarikat2 itu adalah syrikat kroni???

Jason berkata...

The government should provide explanation if it is true what Anwar claimed.

Jason berkata...

Hopefully the government provide explanation or else it be a winning point for the opposition.

Bujang Senang berkata...

Bagaimana Anwar mahu menyelesaikan jika itu adalah untuk kebaikkan negara??Pasaran dunia pun meningkat juga. Jadi ini untuk membantu negara dari menghadapi masalah pada masa akan datang.

Tanpa Nama berkata...

benarkah ni? atau ini hanya propaganda pembangkang.

zam berkata...

kenaikan ini disebabkan oleh pasaran. jadi ianya sukar untuk dielakkan.

zam berkata...

penjelasan perlu diberikan agar semua faham tentang pekara ini.

Tanpa Nama berkata...

IPP yang mengaut keuntungan yang melampau tidak patut menikmati subsidi minyak dari kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah boss syarikat-syarikat ini kaya, wang subsidi pun dia orang tidak lepaskan.

Unknown berkata...

Sepatutnya subsidi kepada IPP ditarik balik terdahulu, mereka untung besar setiap tahun,kini masa mereka menjalankan tanggungjawap sosiol mereka.

Tanpa Nama berkata...

Jika subsidi mereka dipotong, mereka akan menggunakan alasan ini untuk menaikan tarif letrik.

Tanpa Nama berkata...

Harga gula niak oklah. Harga petrol naik tidak ok. Dulu RM 5 boleh kasi penuh tangki motor, sekarang RM 10 pu tidak berapa cukup.

Unknown berkata...

Jika tidak tarik balik subsidi mereka, boleh kenakan cukai yang lebih tinggi dari keuntungan mereka.