| KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan berkemungkinan kerana pemimpin BN takut akibat terlibat dengan 'skandal besar' negara?
Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.
Demikian kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengulas pergantungan empat pemimpin utama Pakatan dari PKR dan DAP semalam dari DEwan Rakyat.
Mereka yang digantung selama enam bulan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Karpal Singh (Bukit Gelugor), Azmin Ali (Gombak) dan R Sivarasa (Subang).
PAS, katanya, menganggap kebimbangan berlebihan Umno dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia.
PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di parlimen sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu.
Kini mereka bertindakmerampas suara rakyat di Parlimen Malaysia pula, tambahnya.
Mungkinkah kerana mereka gusar dengan konsep keadilan menyeluruh yang hendak dilaksanakan oleh PAS bersama dengan Pakatan Rakyat sehingga wujud kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin BN yang berkemungkinan terlibat dengan 'skandal besar' negara?, tambah Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.
"Saya menyeru kepada UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim," katanya.
Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan kekuasaan yang meluas meliputi kerajaan manusia, haiwan dan jin itupun sudah tidak ada sekarang ini. Begitu juga dengan kerajaan zalim Firaun.
Bahkan kuasa besar dunia juga tumbang. Apatah lagi kekuasaan UMNO-BN yang ada pada hari ini, tambah beliau.
"Oleh itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka," katanya.
|
23 ulasan:
"..melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia."
prinsip demokrasi Berparlimen adalah setiap Ahli Parlimennya mesti bercakap benar dan tidak menyelewengkan fakta. malah, mereka tidak harus berselindung di belakang kenyataan politik yang memudaratkan fakta. tindakan penggantungan yang diputuskan oleh Tan Sri Pandikar itu bukanlah sesuatu yang bermatlamat buruk sangka. sebaliknya, ia susulan daripada prinsip Parlimen yang demokratik..
sebenarnya yang berada dalam kebimbangan sekarang adalah Pakatan kerana sanggup membawa unsur2 demonstrasi jalanan kedalam dewan rakyat. bukankah itu satu tindakan yang melanggar etika dewan rakyat? jelas sekali Pakatan adalah parti budak2 yang tidak mampu bertindak secara matang dan profesional. saya harap rakyat dapat membuka minda dan mata seluas2nya untuk melihat dan memahami bahawa Pakatan sama sekali tidak layak mengambil alih tampuk pemerintahan negara setelah memperlihatkan ketidakwarasan mereka dalam setiap kenyataan dan tindakan yang dibuat oleh mereka.
Harap ini bukan skandal besar seperti yang dikatakan itu.
mereka digantung kerana sikap mereka yang tidak berdisiplin, ia tak ada kaitan dgn skandal besar.
Mungkin tindakkan speker itu betul. Ini dari sikap seseorang ahli yang tidak mengikuti peraturan maka sudah pasti akan menerima hukuman.
tindakan speaker mengantung Ahli Parlimen dari PR itu adalah kerana sikap mereka yang tidak berdisiplin dan tidak mengikut arahan speaker.
jika tidak mahu digantung atau dikenakan tindakan janganlah menimbulkan kekecohan dan ikutlah peraturan.
Ada2x ja andaian PAS. Mereka digantungkan kerana sikap mereka yang tidak menghormati dewan.
Apapun, saya harap 'skandal besar' negara tidaklah begitu besar seperti yang didakwa oleh PAS.
sudah lumrah politik...pembangkang cakap dia yang betul dan kerajaan juga cakap dia yang betul..terpulang kepada rakyat untuk menilai..
apa yang dimaksudkan oleh presiden PAS mengenai 'skandal besar' negara? ianya kurang jelas..mungkin ada penerangan yang lebih jelas lagi mengenai 'skandal besar' negara seperti yang disebut oleh beliau..
Semoga hal ni bukanlaha sebuah 'skandal besra'. huhu
Apapun, pandai2 lah rakyat buat penilaian :)
Mereka digantung adalah kerana sikap mereka yang tidak mengjormati dewan. Tidak ada benda/ alasan lain.
Segala tindakan yang diambil Speaker adalah mutlak tetapi mesti adil.
Tindakan speaker telah menimbulkan keraguan rakyat terhadap profesionalis beliau.
Ini zaman maya yang tiada batas dan sempadan. Tidak perlu bazir tenaga hendak menutup satu kejadian yang sudah berlaku.
Ini zaman maya yang tiada batas dan sempadan. Tidak perlu bazir tenaga hendak menutup satu kejadian yang sudah berlaku.
Apa-apa pun, saya harap tiada apa-apa skandal besar yang melanda negara kita.
Pengantungan ini perlu buat BN untuk mengawal dewan.
Apa skandal besar negara? Jika tidak dapat mendedahkan di dewan, boleh dedahkan dalam internet, lagi kau.
Negara menghadapi skadal besar? Jika pembangkang mengeluarkan kenyataan berkenaan, tunjukan bukti.
Negara menghadapi skadal besar? Jika pembangkang mengeluarkan kenyataan berkenaan, tunjukan bukti.
Catat Ulasan