HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Disember 2010

Gerakan mahu remaja 18 tahun dibenar mengundi

BERNAMA

Kerajaan diminta supaya mengkaji menurunkan untuk umur pengundi mulai umur 21 tahun kepada 18 tahun memandangkan mereka yang berumur 18 tahun kini sudah mampu membuat keputusan yang matang.

gerakan youth and woman wing convention 041210 01Ini adalah antara 12 resolusi yang merangkumi aspek pentadbiran negara, pendidikan, politik dan ekonomi yang diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Nasional Pemuda Gerakan, di Kuala Lumpur hari ini.

Pemuda Gerakan juga mencadangkan supaya pendaftaran secara automatik dilakukan ke atas warganegara yang mencapai usia untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengenai soal pendidikan, pergerakan itu mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran menubuhkan Majlis Perundingan yang bertanggungjawab untuk memantau, merancang dan memberi cadangan kepada kementerian itu mengenai pengurusan dan penambahbaikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil yang didakwa sering dipinggirkan.

Selain itu Pemuda Gerakan mencadangkan agar Kementerian Pengajian Tinggi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan mahasiswa bergiat dalam politik memandangkan mereka mempunyai kematangan untuk membahagikan masa antara belajar dan bergiat dalam politik.


14 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Saya rasa kurang setuju dengan cadangan ini. Kebanyakan remaja 18 tahun di negara kita masih belum matang lagi berdasar pemerhatian saya.

Tanpa Nama berkata...

jangankan 18 tahun, 21 tahun sekarang pun masih ramai yang belum mencapai tahap matang.

Tanpa Nama berkata...

Gerakan perlu berhati2 dalam mengajukan cadangan terutama sekali yang melibatkan remaja untuk mengundi. cuba lakukan sedikit interview kepada golongan yang berumur 18 tahun. pasti ramai diantara mereka tidak tahu perkembangan politik tanahair dan kecenderungan mereka terhadap parti2 politik di Malaysia lebih kepada atas pagar.

Jason berkata...

Pada pendapat saya, remaja 18 tahun belum lagi matang untuk membuat keputusan yang besar dalam memilih kerajaan.

Jason berkata...

Diharapkan kerajaan mengkaji sebelum membuat sebarang keputusan.

Bhatera berkata...

Cadangan yang baik untuk kita, tapi apa pun kita tunggu saja apa keputusan yang akan diberikan.

Tanpa Nama berkata...

umur 18 tahun terlalu muda, ia perlu dipertimbangkan sebaiknya.

zam berkata...

cadangan ini perlu dikaji terlebih dahulu. rasanya usia 18 tahun belum cukup matang membuat pilihan.

Tanpa Nama berkata...

18 tahun? Cukup matangkah pemuda 18 tahun sekarang untuk membuat keputusan siapa yang harus mereka undi?

Tanpa Nama berkata...

Bagus kerajaan setuju jika pendaftaran secara automatic diamalkan, tidak perlu susah-sudah pergi berdaftar.

elia berkata...

Biarkan sahaja umur 21 tahun diletakkan sebagai umur untuk pergi mengundi. Jangan bebankan rakyat nanti rakyat marah!

Unknown berkata...

Kenapa tidak tunggu umur mereka menjangkau 21?

Tanpa Nama berkata...

Umur 18, budak lagi. Mudah terpedaya.
21 lebih sesuai.

Unknown berkata...

Umur 18 bagi orang masa dulu sudah cukup matang. Zaman sekarang......?