HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Disember 2010

Ibu bapa tukar status anak kepada Sino-Kadazan


edwinrocketOleh Staf FMT

KOTA KINABALU: Kontroversi status anak-anak hasil dari perkahwinan campur menyebabkan peningkatan dalam bilangan ibu bapa dan anak-anak yang membuat akuan bersumpah kepada Pesuruhjaya Sumpah bahawa mereka terdiri daripada ‘Sino-Kadazan’ dan bukannya ‘Sino-Pribumi’.

DAP Sabah berkata mereka mengetahui perkara ini lanjutan dari perasmian Persatuan Sino-Pribumi Sabah (SSNA).

"Kontroversi ini menyebabkan ramai ibu bapa dan anak-anak ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membetulkan keturunan mereka," kata setiausaha parti Dr Edwin Bosi.

Saya mendapat tahu dari beberapa Pesuruhjaya Sumpah bahawa anak-anak yang mempunyai ibu berketurunan Sino-Kadazan menukar keturunan mereka daripada Cina kepada Sino-Kadazan.

"Malang sekali JPN yang menukarkan keturunan mereka kepada Sino-Pribumi," kata beliau.

"DAP Sabah mahu mengingatkan kerajaan dan JPN bahawa Sino-Pribumi bukan satu keturunan. Ia cuma satu kumpulan. Dasar perlu diubah untuk mencerminkan identiti sebenar anak-anak ini. Ibu mereka Sino-Kadazan jadi mereka perlu didaftar sebagai Sino Kadazan juga.

Tidak bekerjasama

"Johnny (Mositun, ketua penerangan PBS) perlu ingat bahawa PBS ialah parti komponen Barisan Nasional. Persoalannya, mengapa PBS, parti kedua yang berpengaruh di Sabah tidak bekerjasama dengan Umno dan kerajaan BN untuk membatalkan pembekuan serta-merta?

"PBS sebagai parti komponen BN mesti meminta kerajaan berhenti menggunakan Sino-Pribumi sebagai keturunan dalam sijil kelahiran.

SSNA patut risau dengan perkembangan ini.

"Ini adalah perkara asas (pembatalan pembekuan ke atas pengeluaran sijil pribumi). Ia tidak perlu difikir panjang atau dirancang.

"Kerajaan boleh memberi kenyataan bahawa pembekuan tersebut itu dibatalkan dan membenarkan Mahkamah Pribumi menguruskan segala hal berkaitan hal-ehwal pribumi," kata Bosi.

Beliau menambah bahawa mereka yang tidak gembira mempunyai sijil pribumi "perlu membenarkan Mahkamah Pribumi mengesahkannya".

Beliau berkata DAP Sabah juga kesal dengan kenyataan negatif Mositun, timbalan speaker Dun Sabah terhadap hasrat pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong yang ingin menyertai SSNA.

Memandang rendah Mahkamah Pribumi

Bosi juga menyatakan pengiktirafan Adun PBS Inanam Johnny Goh sebagai presiden SSNA merupakan usaha PBS untuk pecah dan perintah masyarakat mereka sendiri.

Beliau yakin Goh, sebagai ahli PBS akan akur kepada kemahuan tuan politik mereka dalam Umno dan bukannya berusaha demi kebaikan Sino-Pribumi.

"Agak sukar untuk Wong kini untuk mendapatkan bantuan dari SSNA," beliau mengulas berkenaan ketuanya yang menerima notis kerajaan bahawa statusnya sebagai Sino-Pribumi akan ditarik balik.

Bosi turut menempelak Mositun kerana menmandang rendah terhadap peranan Mahkamah Pribumi yang mengisytiharkan Wong seorang pribumi dan memberikannya sijil pribumi.

Beliau berkata timbalan speaker tersebut mempunyai kuasa untuk mencegah wakil rakyat Sekong dan Sulaiman dari Umno yang mahu Mahkamah Pribumi membatalkan sijil pribumi Wong.

"Mositun, sebagai timbalan speaker boleh menghentikan usul tersebut kerana ia tidak relevan memandangkan sidang tersebut adalah sidang belanjawan.

Syak wasangka

Kedua, Mositun sepatutnya menghentikannya kerana menurutnya sendiri, ia bersifat menghasut, syak wasangka boleh menimbulkan permusuhan di antara kaum.

"Ramai orang menghubungi saya untuk membangkitkan isu ini agar pembekuan pengeluaran sijil pribumi dibatalkan serta-merta."

Bosi menegaskan DAP mempunyai keyakinan terhadap Mahkamah Pribumi. Beliau berkata bahawa beliau telah membangkitkan isu rakyat Sabah yang tidak diberi status pribumi dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember lalu di Pulau Pinang kerana isu ini serius.

Beliau berkata Pakatan akan menyelesaikan masalah ini serta-merta sekiranya diberi peluang memerintah.

"Apabila rakyat memutuskan untuk mengubah kerajaan BN, Pakatan akan menyelesaikan masalah ini. Saya boleh beri jaminan kepada Mositun bahawa Pakatan akan mengotakan janjinya."

21 ulasan:

zam berkata...

sebaiknya penjelasan berkaitan pekara ini dapat diberikan.

zam berkata...

apa pun isu yang timbul ianya perlulah diselesaikan secara profesional.

Tanpa Nama berkata...

Sino Kadazan adalah bumiputera Sabah, tak perlulah nak guna istilah sino-pribumi. hak ini perlu diselesaikan.

Jason berkata...

Why the sudden use of sino-pribumi???

Jason berkata...

This is a serious matter. Solution is needed to solve this issue immediately before it goes worse.

Tanpa Nama berkata...

This issue must be handled properly to ensure that there is no problems in the future.

mandau berkata...

mengapa harus guna sino-pribumi? JPN kena mengemaskini status ini bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati penduduk.

Tanpa Nama berkata...

penjelasan harus diberikan.

Tanpa Nama berkata...

perkara ini harus diselesaikan..

Tanpa Nama berkata...

perkara ini jugga tidak harus dipolitikan...

Tanpa Nama berkata...

sebaiknya pihak berkenaan menyelesaikan isu ini dan memberikan penjelasan agar tidak mengelirukan rakyat khasnya yang berketurunan sino.

Tanpa Nama berkata...

jika status itu akan membawa kesan buruk dimasa hadapan, bermakna perkara itu adalah masalah hari ini yang perlu diselesaikan hari ini.

chimchim berkata...

Well, this is not their problems. Why the NRD didn't say anything on this?

Velove berkata...

Mekanisme yang teratur harus ada untuk mengekang permasalahan yang ada.

Antanum berkata...

Apa yang sudah termaktub tidak akan pernah berubah. Oleh itu segala kepurtusan mesti diterima dengan hati yang terbuka.

onong berkata...

Ibu bapa kini tiada pilihan lain.

Ezef berkata...

Poor them.

Nemia berkata...

I'm hoping a better solution for this matter in this 2011.

Gopuk berkata...

Jika layak untuk tukar status, tidak ada salahnya untuk berbuat demikian.

Sanih Alias berkata...

Diharapkan mereka ini janganlah memeningkan pihak tertentu. Kita tidak mahu perkara ini akan di besar-besarkan nanti.

POP berkata...

We should appreciate our own cultures and custom. We do not need to go through this with harsh.