MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor sewajarnya juga dipersalahkan kerana gagal memantau kebersihan Daerah Semporna yang dilabelkan sebagai Pekan Terkotor di Sabah, sehingga mengakibatkan kekecohan memalukan berlaku di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini.
Sekiranya Hajiji menghayati slogan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian di utamakan",sudah tentu beliau akan berjaya mengatasi isu ini dengan tuntas.
Apalah gunanya membuang masa menganjurkan kempen anti pembuangan sampah tahun demi tahun yang mencakupi seluruh negeri termasuk di semua bandar di bawah Majlis Daerah, Majlis perbandaran dan Bandaraya Kota Kinabalu; jika menteri yang bertanggungjawab hanya mengharapkan pegawai PBT semata-mata, sedangkan beliau tidak turun ke bawah untuk membuat lawatan secara mengejut ke seluruh daerah bagi menentukan tahap kebersihan adalah memuaskan.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi PERKASA Sabah, Awang Ramli Mohd Gati yang menyesali kekecohan memalukan di antara beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari Daerah Semporna dengan Menteri Pembangunan Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun di Persidangan Dewan Undangan Negeri tidak akan berlaku seandainya Hajiji memantau kebersihan Majlis Daerah Semporna (MDS) dengan memberi arahan walaupun bukan pada musim kempen kebersihan.
Beliau memuji Menteri pembangunan Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun yang bersedia menerima teguran semua ADUN dari Semporna yang lantas dan segera memutuskan untuk membantu menjaga kebersihan Pekan Semporna yang disedarinya menjadi persinggahan utama pelancong ke destinasi terkenal, Pulau Sipadan.
"Bukankah tanggungjawab menjaga kebersihan itu terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah? Alangkah baiknya jika peruntukan membersihkan Pekan Semporna boleh diberikan lebih banyak supaya kebersihan pekan terkenal dapat dijayakan dan tidak akan memalukan tempat kita di mata pelancong terutamanya dari luar negara," kata Awang Ramli.
Awang Ramli menegaskan, Pekan Semporna memerlukan segera perubahan wajah baru dan Hajiji harus menjadikan ia satu agenda utama agar kementeriannya memberikan peruntukan lebih banyak kerana pekan ini merupakan pintu masuk ke pulau-pulau peranginan di Sabah.
Pekan Lahad Datu adalah juga satu lagi pekan yang dikritik oleh Masidi disebabkan kotor dan tidak teratur. Selain itu lain-lain pekan di Sabah seperti Kuala Penyu juga didapati kotor dan beberapa kemudahan seperti tong-tong sampah tidak terusus termasuklah lampu limpahnya terputus dan tidak teratur.
"Selaku penduduk asal Kuala Penyu, saya mencabar Hajiji selaku menteri yang bertanggungjawab agar membuat lawatan mengejut ke daerah ini. Seingat saya selama menjadi menteri berkenaan Hajiji hanya datang ke Kuala Penyu semasa menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Kuala Penyu sahaja," Awang Ramli berharap Hajiji akan menjadikan lawatan mengejut sebagai langkah untuk memantau kebersihan di seluruh Sabah.
HALAMAN SANTAI
Khamis, 23 Disember 2010
SEMPORNA KOTOR, SALAH SIAPA?
SABAH KINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
22 ulasan:
Honestly, we can't wholly blame Datuk Haji. Just look at Sabah especially Semporna area, it's full of illegal immigrants! Each time the area has been cleaned, those bloody PATI would AGAIN litter the place like no one else business. How is it possible for Sabah to have a clean environment when these PATI is around????
I agree with this article, it's a waste of money and time to organize an anti litter campaign. What we need is cooperation from all sides to maintain cleanliness of the place. Apart from that, the government should work harder in solving the illegal immigrant issue before it goes out of control. Solve the PATI issue, and I'm sure the Sabah will be a better and cleaner place.
Whenever they are illegal immigrants, those areas would most probably be dirty. Such as Lahad Datu and Semporna.
di mana kawasan yang ramai PATI di situlah banyak sampah. ini kerana sikap membuang sampah merata tempat menjadikan kawasan sekitar menjadi kotor.
harap masalah sampah ini dapat diselesaikan agar persekitaran yang bersih dapat diwujudkan.
ya.. kawasan semporna terlalu ramai PATI mereka ini antara penyumbang kepada kekotoran di pekan Semporna. kerajaan kena ambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.
Kalau salahkan Hajiji, apa gunanya? Kan bagus jika u all buat pa yang sepatutnya?
tanggungjawab menjaga kebersihan ini adalah tanggungjawab bersama. mengharapkan satu pihak untuk menyelesaikan masalah ini sedangkan yang membuat masalah itu adalah dikalangan lebih 3 juta rakyat Sabah, tidak akan berhasil. rakyat juga perlu memainkan peranan melindungi alam sekitar kita dari sebarang bentuk pencemaran.
jentera2 kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab menangani masalah ini tidak perlu menunggu arahan atau aduan dari penduduk. untuk apa jentera itu dicipta jika tidak tahu tugas atau fungsinya?
berusaha membersihkan pekan2 yang kotor lebih baik daripada menyalahkan satu sama lain.
Penduduk sekitar itu juga perlu membantu mengatasi masalah ini. Kerajaan tidak akan mampun untuk menangani tanpa bantuan dan sokongan dari penduduk setempat.
bukan mudah untuk mengatasi masalah ini. Penduduk berkenaan haruslah memberi bantuan sekali bagi mengatasi masalah kepbersihan tempat tersebut. Kerajaan tidak akan dapat melakukan sendiri jika tidak ada sokongan dan bantuan dari penduduk itu sendiri.
Untuk membuat rakyat percaya. Datuk Hajiji haruslah selalu membuat pantauan setiap kawasan dan jika tidak pun hantar orang-orang untuk mewakili beliau. Kita tidak mahu rakyat menganggap Datuk Hajiji tidak melakukan tugas beliau. Kami percaya datuk Hajiji akan dapat menyelesaikannya.
It is better to figure out what's the best mechanism, to tackle this problem.
Jangan nak salah kan siapa2 kerana itu adalah salah penduduk disekitar kawasan itu. Jadi kena ada kerjasama antara mereka, untuk melakukan sesuatu agar keadaan menjadi bersih.
Tidak perlulah salahkan siapa-siapa, yang penting sekarang ialah kerjasama dari semua pihak untuk mengatasi masalah ini.
Kalau melibatkan soal kebersihan, susah jugalah mo salahkan sesiapa kerana bagi saya hal sebegini perlukan kerjasama semua pihak untuk menangganinya.
Apapun, saya tetap harap agar semua pihak mengamalkan sikap suka menjaga kebersihan :)
Ini bukan soal siapa salah dan siapa benar. Yang penting selesaikan dulu hal sebenar.
Be mature.
2011 will be a new beginning.
Catat Ulasan