Kenaikan tarif mungkin tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada Tenaga Nasional Bhd memandangkan kemungkinan peningkatan harga gas asli, yang kini ditetapkan pada RM10.70/mmbtu atau harga arang batu, yang akan mengimbanginya.
Ia berkata satu lagi faktor ialah kemungkinan peningkatan kos arang batu, yang menyumbang 48 peratus daripada perbelanjaan bahan api dalam tahun kewangan 2010.
Ia berkata demikian dalam laporan syarikat sebagai respons kepada berita bahawa Kabinet sudah bersrtuju secara dasarnya untuk menyemak semula tarif elektrik.
"Kami menganggarkan bahawa peningkatan lima peratus harga arang batu melepasi andaian unjuran tahun kewangan 2012 sebanyak US$100 satu tan, akan mengimbangi peningkatan satu mata peratus dalam tarif elektrik," katanya.
Firma penyelidikan itu berkata menerusi loji regasifikasi gas asli cecair Melaka dibangunkan pada kadar segera menjelang pertengahan 2012, rejim baharu tarif gas elektrik diperlukan.
"Pada pandangan kami, halangan utama terhadap pelaksanaan semakan tarif itu kini mendapat perhatian politik memandangkan kerajaan dilihat sedang menyiapkan diri untuk pilihan raya tahun depan," katanya.
"Kami neutral dalam projek ini, yang tidak mungkin menjana sumbangan ketara terhadap kumpulan dalam tempoh sederhana."
Firma penyelidikan itu mengulangi saranan "simpan" ke atas saham Tenaga dengan nilai adil RM9.00.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan