FREE MALAYSIA TODAY
KOTA KINABALU: United Borneo Front (UBF) tidak mampu menggugat Parti Maju Sabah (SAPP), kata Naib Presidennya Jimmy Jawatah.
"Ia tidak mengelirukan rakyat khususnya penyokong dan ahli ahli SAPP di pedalaman kerana mereka telah komited dengan misi dan visi perjuangan SAPP," katanya mengulas penubuhan UBF oleh bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Bagaimanapun, katanya, terpulanglah kepada rakyat untuk memikirkan halatuju penubuhan UBF tersebut.
"Selagi ia selari dengan kehendak Perlembagaan Negara terkandung dalam Perkara 10 (11) (a) (b) (c) kerana selagi negara ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi sesiapa juga berhak bersuara untuk menuntut hak keadilan," katanya.
UBF adalah NGO yang menuntut hak keadilan dan hak kuasa autonomi bagi rakyat Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara khususnya Artikel 153.
Menurut sumber dalaman UBF, perjuangan UBF mirip perjuangan ‘3rd Force’ di Eropah adalah terbuka kepada mana-mana individu yang tidak berparti atau yang telah berparti sama ada dipihak BN, PKR, SAPP atau lain-lain.
Mereka boleh menyertai dalam proses membuat keputusan untuk memilih mana-mana parti yang layak disokong untuk menerajui atau membentuk kerajaan pada pilihanraya umum akan datang.
Pemimpin SAPP Kemabong, Saul Salleh bagaimanapun, berkata beliau tidak akan terpengaruh dengan penubuhan UBF walaupun mahu menumbangkan BN dalam pilihanraya umum nanti.
Sebaliknya, beliau tetap komited dan yakin dengan halatuju perjuangan SAPP yang berkonsepkan sebuah parti tempatan untuk memperjuangkan tuntutan hak asasi rakyat negeri ini.
Tuntutan itu termasuk menuntut kuasa autonomi dan pengagihan kekayaan sumber asli dan galian (gas dan minyak) secara adil dan saksama.
36 ulasan:
mungkin juga SAPP risau pengaruh mereka berkurangan dengan adanya UBF.
apa pun, terserah kepada setiap individu untuk menyokong atau tidak perjuangan sesuatu gerakan atau parti.
kita lihat bagaimana perjuangan UBF. adakah ia benar2 berjaya?
"UBF tidak akan gugat SAPP"
buat masa ini mungkin belum lagi, tapi sedikit masa lagi pasti SAPP dan lain2 pembangkang akan rasa tergugat.
saya harap UBF benar2 dapat bertindak sebagai sebuah badan NGO yang tidak mempunyai kepentingan terhadap mana2 parti politik.
Baguslah kalau SAPP berfikiran sedimikian...Satu pemikiran yang baik..
UBF masih baru ditubuhkan, maka mungkin tidak akan mengugat mana-mana parti lain yang terdapat di Sabah dan Sarawak.
UBF harus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah dan sarawak. Sebagai satu badan NGO perlu membantu mana-mana pihak yang menghadapi masalah. Politik dijauhi...
Kita tengoklah bagaimana nanti.
Jangan terlalu yakin. Apa-apa pun boleh berlaku.
Kan dah cakap UBF tu bukan berunsurkan politik, napa tiba2 SAPP rsa tergugat?
UBF is a civic movement group and a non political group.
UBF baru ditubuhkan, rakyat sabah masih menilainya.
SAPP juga tidak boleh dipercayai bulat2 terutama YTL..YTL hanya pentingkan matlamat peribadinya iaitu ingin menjadi KM sabah seterusnya..
mungkin sekarang UBF tidak mampu mengugat SAPP kerana UBF baru saja ditubuhkan...mungkin dalam masa beberapa tahun, UBF akan bertambah mantap dan pada masa itu tentu sekali pendirian SAPP akan berubah..
terpulang kepada rakyat untuk menilai namun masih terlalu awal untuk kita menilai kemampuan UBF..
namun diharap UBF akan memainkan peranan mereka memperjuangkan hak dan keadilan untuk sabah dan sarawak berlandaskan kepada landasan yang betul dan tidak melanggar undang2..
kita tunggu dan lihat saja perkembangan UBF ini..
selagi pertubuhan itu belum menampakkan taringnya, tidak perlulah SAPP berasa yakin. malah kekalahan SAPP di Batu Sapi jelas menunjukkan SAPP tidak lagi menjadi pilihan rakyat. sepatutnya SAPP rasa tergugat dengan UBF kerana di Sabah SAPP merupakan parti politik yang paling tercorot.
kewujudan UBF di Sabah sebagai badan bebas yang tidak memihak kepada mana2 parti politik akan menambahkan lagi jumlah lawan di gelanggang. situasi ini sudah tentu membimbangkan semua parti2 politik kerana peluang mereka semakin tipis.
Tidak perlu bergaduh sesama sendiri kerena ini hanya akan mengundang kecelakaan dan penyatuan tidak akan pernah berlaku.
Pasal gugat menggugat tu, no komenlah.. Inikan dunia politik..
Tapi UBF ni masih baru plus ia diterajui oleh DJK... hhmm rasanya, tunggu ja la apa kejadiannya nanti.
Apapun semuanya terpulang pada rakyat sendiri. Kerana mahu komen banyak2 pun sama juga undi di tangan rakyat. hehe
Yang pasti parti lain dah mula gundah gulana, BN pula tetap tenang.. hehehe
Sebagai rakyat kita kenalah lebih berwaspada kerana selepas ini gimik politik pasti akan menjadi lebih rancak.
SAPP adalah parti pembangkang dan langsung tiada kena mengena dengan UBF.
UBF is supposedly designed for both Sabah and Sarawak. Jeffrey says the group will make a courtesy call to all parties in Sabah.
SAPP is having more problem with PBS and DAP.
UBF ini hanya sebuah NGO. Mungkin SAPP yang takut sebenarnya.
UBF dan parti politik yang baru diluluskan di Sabah tidak akan membawa manfaat kepada Sabah.
UBF cuma satu pegerakan b ukan parti politik. Lebih merupakan arganisasi pemberi tekanan.
UBF cuma membahagikan kekuatan pembangkang dan mengukuhkan kedudukan BN.
Tahniah.
SAPP parti politik yang lama bertapak, bukan mudah digugat.
Berapa ramai ahli UBF?
Macam mana nak mengugat sebuah parti yand sudah lama ditubuhkan dengan ahli yang ramai.
SAPP masih ada sokongan berbanding UBF yang baru ditubuhkan.
Sukar hendak membuat tangapan buat masa ini.
Catat Ulasan