ADUN Betong Muhammad Farid Saad tetap enggan memohon atau menarik balik kenyataannya berhubung risalah yang diedarkan sekitar Balik Pulau kerana menjadi tanggungjawabnya menunjukkan kesalahan secara berfakta.
Pemimpin Umno itu berkata beliau sendiri membesar dan bersekolah antara kawan-kawan berbilang bangsa - Cina dan India - di kawasannya.
"Saya faham perasaan dan hati budi pelbagai kaum; saya membesar di Balik Pulau, di mana kawasan majoriti Cina, saya lebih tahu tempat ini daripada Lim yang berasal daripada Melaka, kata Muhammad Farid.
"Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan semua anggota masyarakat hidup dengan aman, saya tidak akan timbulkan isu perkauman atau timbulkan kebencian di sini... Jika diizinkan Allah, saya harap dapat bersara di tempat ini," tambahnya.
Lim juga meminta Muhammad Farid meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri atas "fitnah jahat" itu atau menghadapi tindakan tehas kerana risalah itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan.
Muhammad Farid hari ini bagaimanapun tetap bertegas, My Balik Pulau, yang didakwanya mengandungi fakta yang salah tentang sejarah tempat itu didanai oleh kerajaan negeri, bukan kerajaan pusat.
Dakwanya, risalah 12 halaman itu dicetak pada tahun lalu dan diedarkan di sekolah-sekolah di Balik Pulau pada Januari tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan